Biodata Aisha Retno Big Stage 4. Hai ampa , sapa layan big stage musim 4 hari ahad lepas ? angkat tangan lekas. Ampa mesti sekarang tengah cuba nak hafal semua peserta- peserta big stage kali ini, sambil ampa hafal tu mesti ampa nak taw mengenai peserta-peserta kan , jadi hari ini kami nak share dekat ampa biodata aisha retno salah seorang peserta big stage 2022.

Biodata Aisha Retno Big Stage 4




Minggu pertama big stage 4 ahad yang lepas , korang boleh tengok hampir semua penyanyi-penyanyi baru ini boleh menyanyi dan ada bakat untuk menjadi popular.

Malam itu , salah seorang yang membuat persembahan dengan sangat baik adalah Aisha Retno yang pada malam itu menyanyikan lagu “Teman” dari Iman Troye.

Persembahan Aisha Retno mendapat pujian dari juri dan juga netizen jadi jom kita baca mengenai Aisha Retno ni.

 

BIODATA AISHA RETNO BIG STAGE 4 ~~

Nama sebenar beliau adalah Sharifah Aisha Retno binti Sayed Sipulijam , menggunakan nama samaran Aisha Retno di dalam dunia hiburan.

Aisha Retno berusia 21 tahun pada  tahun 2022 , dilahirkan pada 1 Ogos 2000 di Kuala Lumpur , Malaysia.

Beliau merupakan pelajar Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Malaya , debut beliau adalah pada tahun 2018.

Aisha Retno merupakan anak kepada penyanyi era 80-an iaitu Jean Retno Aryani yang merupakan penyanyi Indonesia.

Beliau merupakan kacukan Melayu-Indonesia dan mempunyai seorang abang dan Aisha adalah anak bongsu.

Bapa aisha retno adalah seorang ahli perniagaan yang bernama Sayed Sipulijam Sayed Alwee dan abangnya bernama Sayed Abu Hanifa.

MENJADI PENYANYI PADA USIA MUDA ~~

Aisha Retno mula debut pada tahun 2018 apabila beliau mengikat kontrak dengan Sony Music Malaysia yang banyak dinaungi oleh artis legend seperti Amy Mastura, Misha Omar dan Erra Fazira.

Tahun yang sama beliau keluarkan lagu debut beliau iaitu Mengikat Jiwa yang dibuat oleh composer Indonesia Aldi Nada  Permana.

Jika Aisha Retno debut pada 2018 maknanya beliau debut pada ketika umur 17 tahun lah kan .

tahun 2020 belau kembali dengan lagu Terima Kasih berduet bersama Yuka Kharisma , dikeluarkan sekitar bulan ogos.

 

MASUK VOKAL MANIA  JALAN TERBAIK?

Aisha Retno membuat kejutan apabila muncul sebagai peserta di rancangan TV3 Vokal Mania pada tahun 2020.

Rancangan Vokal Mania turut disertai oleh Danial Chuer, Wafa 7 Hari Mencintaiku 2 , Afieq Shazwan dan banyak lagi.

Kemasukan beliau dalam rancangan Vokal Mania adalah sangat baik apabila beliau merupakan juara vocal mania category Rookie.

Pencapaian yang sangat membanggakan apabila juara idol dalam rancangan yang sama dimenangi oleh Aina Abdul.

TAHUN 2021 DENGAN DUA LAGU BARU~~

Tahun 2021 , Aisha Retno mengeluarkan dua lagu iaitu lagu “Cinta Denganmu” dikeluarkan di awal tahun.

Manakala lagu kedua adalah lagu Inggeris yang bertajuk “W.H.U.T” singkatan pada wanna hold u tight , lagu ini menjadi viral dan sudah mencapai lebi 7 juta stream di Spotify.

FOLLOW DAN LIKE MEDIA SOSIAL OFFICIAL AISHA RETNO~~

Untuk peminat baru Aisha Retno boleh like dan follow official akaun media sosial beliau untuk tahu perkembangan terkini beliau.

Di instagram korang tekan sini >> @aisharetno02 , di facebook pula >> Aisha Retno dan boleh dengar lagu aisha retno di Spotify >>Aisha Retno

teruskan support Aisha Retno di Big Stage Musim 4 , sambil nak tunggu persembahan minggu berikutnya ampa rajin-rajinlah dengar lagu-lagu Aisha Retno/

Kalau ada apa-apa yang nak ditambah disini , boleh komen di bawah okay.

Selamat maju jaya Aisha Retno !.

Post a Comment

Previous Post Next Post