Biodata Song Kang , Pelakon Forecasting Love And Weather. Drama Forecasting Love And Weather yang ditayangkan tidak beberapa hari yang lalu menjadi drama yang ditunggu-tunggu peminat drama korea.Ini kerana gandingan watak utama adalah yang mempunyai popularity yangt tinggi di Korea. Hari ni nak kongsi dekat ampa mengenai biodata song kang , watak utama drama forescasting love and weather.

Biodata Song Kang , Pelakon Forecasting Love And Weather

Song Kang merupakan pelakon lelaki muda yang sedang meningkat naik, nama beliau sentiasa berada di rancangan –rancangan pengarah-pengarah drama.

Kenali Song Kang pelakon lelaki tinggi lampai dan sentiasa senyum pada semua orang, dengar cerita ada drama yang buat peminat wanita tak keruan dengan beliau.

BIODATA SONG KANG ~~

Nama sebenar beliau adalah Song Kang, lahir di Suwon Gyeonggi South Korea pada 23 April 1994 dan pada tahun 2022 beliau berusia 28 tahun.

Beliau menamatkan pengajian di Konkuk University dalam bidang Film Arts , tinggi beliau adalah 184cm.

Song Kang memasuki dunia hiburan bermula pada tahun 2017 dan sehingga kini beliau sudah mencuba pelbagai tugas antaranya pelakon , pengacara dan masuk variety show.

 

DEBUT SEBAGAI PELAKON DAN BERMULA DARI BAWAH~~

Song Kang telah menandatangani kontrak bersama syarikat Namoo Actors yang merupakan syarikat yang dinaungi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Cha Seo Won, Lee Joon Gi, Kim Hyo Jin .

Bermula karier beliau, Song Kang debut pada tahun 2017 , drama pertama beliau adalah The Liar and His Lover dengan watak pembantu.

Tahun 2017 juga beliau menerima tawaran berlakon drama keluarga yang bertajuk Man In The Kitchen juga sebagai watak pembantu dan wataknya adalah Kim Woo Joo.

Di awal karier , beliau menerima tawaran sebagai pelakon di dalam music video penyanyi popular Suran di dalam lagu Sweet Summer Night dan Love Story.

Beliau juga merupakan pengacara untuk rancangan muzik popular Inkigayo bersama Mingyu Seventeen dan Jung Chae Yeon Dia.

Song Kang turut membintangi rancangan variety show pada awal debut beliau dengan membintangi rancangan Village Survival, The Eight.

Melalui rancangan ini , beliau semakin dikenali dengan karakter yang unik dan membuatkan ramai ingin mengenali siapa seorang yang bernama Song Kang.

PROMOSI “INTRODUCTION TO ROOKIES” DARI NAMOO ACTORS~~

Untuk menjadikan artis dibawah mereka dikenali , pelbagai cara marketing digunakan oleh setiap syarikat dengan cara yang berbeza.

Song Kang yang muncul dari pelbagai rancangan , music video , rancangan variety show dan pengacaraan kemudiannya diadakan fanmeeting.

Fanmeeting yang pertama kali diwujudkan oleh Namoo Actors untuk pelakon baru berjumpa dengan peminat mereka , “Introduction to rookies” merupakan tajuk fanmeeting itu.

Disana Song Kang tidak keseorangan apabila bergandingan dengan juga pelakon baru iaitu Oh Seung Hoon dan Lee Yoo Jin.

Post a Comment

Previous Post Next Post