Biodata Ahn Hyo Seop , Pelakon A Business Proposal. Drama yang baru sahaja ditayangkan iaitu A Business Proposal menjadi drama yang menjadi sebutan ramai peminat drama pada minggu ini. Drama A Business Proposal yang diterajui oleh Ahn Hyo Seop , Kim SeJeong ini menjadi perhatian apabila dua tunggak utama merupakan pelakon meningkat naik. Hari ini nak kongsi dekat ampa biodata Ahn Hyo Seop yang namanya semakin hari menjadi sebutan.

Biodata Ahn Hyo Seop , Pelakon A Bussiness Proposal



Drama lakonan Ahn Hyo Sep bersama Kim Se Jeong dan Kim Min Kyu dan Seol In Ah ini berjaya memperolehi rating yang tinggi pada episod pertama tayangan.

BIODATA AHN HYO SEOP , PELAKON A BUSINESS PROPOSAL~~

Nama sebenar beliau adalah sama dengan nama stage beliau iaitu Ahn Hyo Seop , lahir pada 17 April 1995 berumur 27 tahun pada 2022.

Ahn Hyo Seop merupakan bercampuran Korean - Canadian pelakon dan juga penyanyi di Korea Selatan dan merupakan pelajar Kookmin Universiti dalam jurusan perniagaan antarabangsa. 

Beliau lahir di Seoul , Korea tetapi berpindah ke Toronto , Canada ketika kecil , beliau kembali ke Korea seorang diri.

Ahn Hyo Seop seorang yang mahir berbahasa Inggeris dan beliau berketinggian 188cm dan berdarah A.

DEBUT BERSAMA KUMPULAN POPULAR GOT7~~

Hyo Seop kembali ke Korea apabila di scout oleh JYP Entertainment , syarikat yang dinaungi oleh kumpulan idola popular seperti 2PM , Wonder Girls dan TWICE.

Selepas beliau menerima tawaran itu , beliau menjadi trainee di JYP dan hampir debut bersama ahli kumpulan GOT7 namun menukar karier ke lakonan. 

Hyo Seop ketika ditemuramah rancangan Happy Together yang beliau berlatih bersama dengan ahli member GOT7 namun beliau agak kurang berbanding ahli GOT7.

DEBUT SEBAGAI PELAKON DRAMA ~

Tahun 2015 Ahn Hyo Seop debut di bawah syarikat Starhaus Entertainment dengar projek group bernama One O One dan lagu debut mereka adalah Love You.

Group ini angotai oleh pelakon Kwan Si Yang , Song Won Seok dan Kwon Do Kyun namun terpaksa disband pada awal 2019. 

Drama pertama Ahn Hyo Seop adalah Splash Splach Love drama terbitan MBC selepas itu beliau mendapat tawaran sebagai watak pembantu di dalam drama One More Happy Ending.


POPULARITI MENINGKAT NAIK TAHUN 2017~~

Nama Ahn Hyo Seop mula meniti di mulut netizen pada 2017 apabila beliau membintangi drama MBC Queen Of The Ring .

Tahun yang sama juga beliau berlakon dalam drama hit Korea iaitu My Father Is Strange, dengan drama ini nama dia semakin menjadi sebutan.

Berikutnya beliau menerima tawaran berlakon bersama Yang Se Jeong dan Shin Hye Sun dalam drama Still 17.

Drama Still 17 menjadi drama yang popular di Korea dan juga drama ini menerima sambutan hangat di luar Korea.

Sejak itu sehingga sekarang nama Ahn Hyo Seop menjadi sebutan oleh peminat drama Korea dan luar Korea.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL AHN HYO SEOP~~

Korang yang nak update terkini dari Ahn Hyo Seop boleh follow dan like media sosial beliau iaitu >> @imhyoseop 

Ahn Hyo Seop memiliki 3.7 Juta pengikut di instagram (setakat March 2022), di sini korang boleh tahu update terkini beliau.

Teruskan support Ahn Hyo Seop dengan nonton drama-drama yang dilakonkan beliau.









Post a Comment

Previous Post Next Post