Jom Kenali Syazwan Zulkifily Pelakon 7 Hari Mencintaiku 3. Drama popular TV3 7 Hari Mencintaiku kini kembali dengan musim 3. Drama ini sangat popular di Malaysia sehingga berjaya mendapat rating tertinggi setiap episod. Salah seorang tunggak yang menaikkan drama ini adalah Syazwan Zulkifly yang membawa watak Helmi. Jom hari ini nak kongsi dekat ampa biodata Syazwan Zulkifly pelakon 7 hari mencintaiku 3.

Jom Kenali Syazwan Zulkifly Pelakon 7 Hari Mencintaiku 3

Syazwan Zulkifly merupakan pelakon lelaki yang sangat popular di Malaysia dengan watak-watak antagonis namun di dalam drama 7 Hari Mencintaiku wataknya berlainan namun disukai peminat.

Lakonan mantap dari Syazwan , Shukri Yahaya , Siti Saleha dan Wan Sharmila berjaya membuatkan penonton tidak tinggalkan tv apabila drama ini bersiaran. 

BIODATA PENUH SYAZWAN ZULKIFLY PELAKON 7 HARI MENCINTAIKU 3.

Nama penuh syazwan adalah Mohd Syazwan bin Zulkifly , menggunakan nama Syazwan Zulkifly sebagai nama stage beliau.

Beliau lahir pada 20 May 1987 , berumur 35 tahun pada tahun 2022 dan lahir di Kuala Lumpur, Malaysia.

Nama gelaran lain untuk Syazwan adalah "Kepeng" , rakan artis dan media memanggil beliau dengan gelaran ini.

DRAMA YANG MENAIKKAN POPULARITI SYAZWAN DALAM INDUSTRI LAKONAN~~ 

Nama Syazwan Zulkifli mula menjadi sebutan peminat apabila drama Juvana ditayangkan , lakonan beliau menerima pujian ramai orang.

Seperti korang tahu drama Juvana merupakan antara drama yang popular di Malaysia, watak yang dibawa beliau adalah Apek.

Mula berlakon pada tahun 2011 sehingga kini , antara drama lakonan beliau adalah Juvana, Jangan Ambil Padang Kami , Wasiat , Jodoh Itu Milik Kita dan banyak lagi.

Syazwan juga banyak membintangi filem, antara filemnya adalah Juvana , Laga , Warkah, Suamiku, Encik Perfect 10 dan banyak lagi.

WATAK HELMI MENAIKKAN LAGI NAMA SYAZWAN ZULKIFILY~~

Biarpun nama beliau sudah dikenali di Malaysia namun setelah drama 7 Hari Mencintaiku dan 7 Hari Mencintaiku 2 ditayangkan nama beliau kembali menjadi sebutan.

Watak Helmi yang dibawanya pada musim 2 drama ini berjaya mencairkan hati penonton dan ramai menyukainya.

Juga watak Helmi dan Sofi di dalam 7 Hari Mencintaiku 2 menjadi scene stealer untuk drama itu dan menjadi penguat drama itu.

Bakal kembali dalam 7 Hari Mencintaiku 3 tidak lama lagi , korang jangan lupa support okay.

Follow instagram official Syazwan Zulkifly di >>@Syazwanzulkifly untuk mengetahui lebih info mengenai beliau.

Teruskan support kerjaya lakonan Syazwan Zulkifly .



Post a Comment

Previous Post Next Post