Biodata Alif Satar Pengacara Big Stage 2022. Rancangan popular Astro iaitu Big Stage 2022 akan melabuhkan tirai tidak lama lagi. Big Stage 2022 merupakan antara rancangan yang menjadi tontonan ramai sejak mula ditayangkan pada bulan january tahun ini. Salah seorang tunggak yang menjadikan rancangan ini popular dari pengacaranya iaitu Alif Satar dan Sherry Al Hadad. Ramai memuji cara mereka mengendalikan rancangan big stage ini , jom kita kenali Alif Satar pengacara big stage 2022.

Biodata Alif Satar Pengacara Big Stage 2022


Keserasian antara Alif Satar dan Sherry Alhadad memang tidak perlu disangkal lagi apabila mereka sudah hampir 4 musim mengacarakan rancangan ini. 

Sentiasa peka, pandai kawal crowded dan sentiasa menenangkan peserta antara yang sentiasa dilakukan oleh kedua-dua pengacara ini.

Alif Satar namanya sudah tidak perlu diceritakan , beliau sungguh berbakat dalam pelbagai perkara, menyanyi , berlakon , mengacara , bersukan kesemuanya hebat , baca bawah untuk nama sebenarnya.


BIODATA ALIF SATAR PENGACARA BIG STAGE 2022~~

Nama Alif Satar yang sebenar adalah Muhammad Alif bin Mohd Satar , lahir pada 19 September 1990 berumur 32 tahun pada tahun 2022.

Alif Satar merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur dan mempunyai empat orang adik beradik dan Alif merupakan anak sulung.

Beliau mendirikan rumahtangga pada tahun 2014 dan mempunyai tiga orang anak ( 2 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki).


BAGAIMANA ALIF SATAR MASUK DALAM DUNIA HIBURAN ~~

Aktiviti seni yang pertama Alif Satar ceburi adalah dunia lakonan , beliau menjadi pelakon teater ketika beliau berumur 14 tahun.

Beliau membintangi teater roduksi West End London , teater muzikal pertamanya adalah  Peter Pan The Lost Boys.

Alif Satar kemudiannya masuk di dalam dunia nyanyian  bermula dengan menyertai rancangan nyanyian popular One In A Million musim pertama.

Pertama kali memasuki rancangan itu ketika beliau berumur baru 16 tahun dan beliau berjaya mendapat tempat ketiga. 

NAMA KIAN MENJADI SEBUTAN SETELAH ~~

Nama Alif Satar mula menjadi sebutan apabila lakonan beliau bersama Siti Nordiana dalam drama hit Dia Semanis Honey bersiaran.

Drama ini menaikkan nama Alif Satar dalam dunia hiburan, lakonan beliau mendapat pujian ramai penonton drama itu.

Selepas itu , beliau membintangi drama Red Velvet bersama Neelofa pada tahun 2017 dan kembali berlakon bersama Siti Nordiana dalam drama Klik! Pengantin Musim Salju.

Tahun 2019 nama beliau sekali lagi menjadi sebutan apabila drama PIA lakonan beliau bersama Zara Zya berjaya membuatkan ramai orang menangis.


AKHIR KATA ~

Alif Satar sekarang sedang mengacarakan rancangan Big Stage 2022 dan akan kembali dengan drama terbaru tidak lama lagi dengan Siti Nordiana tidak lama lagi.

Teruskan support karier lakonan , nyanyian dan pengacaraan Alif Satar dan follow instagram Alif di sini >> @alifsatar


Post a Comment

Previous Post Next Post