Sinopsis Drama Shooting Star Lakonan Lee Sung Kyung Dan Kim Young Dae. Drama yang ditunggu-tunggu akhirnya akan bersiaran tidak lama lagi. Shooting Star adalah drama terbaru lakonan pelakon cantik Lee Sung Kyung dan Kim Young Dae. Baca dekat bawah sinopsis drama shooting star ini lakonan lee sung kyung dan kim young dae.


Sinopsis Drama Shooting Star Lakonan Lee Sung Kyung Dan Kim Young Dae


Drama Shooting Star adalah drama yang ditayangkan di saluran TvN tidak lama lagi dan bakal menggantikan drama Bad and Cozy.

Jom baca sinopsis drama lakonan Lee Sung Kyung dan Kim Young Dae ini dekat bawah, tengok sekali senarai pelakon drama shooting star.

PROFIL DRAMA SHOOTING STAR 2022~~


Drama Shooting Star merupakan drama TvN yang akan ditayangkan pada 22 April 2022 dan drama ini meruapakan drama yang diarahkan oleh pengarah Lee Soo Hyun.

Pengarah Lee Soo Hyun merupakan pengarah hebat yang mengarahkkan drama The Witch Diner, Awakern dan Find Me In Your Memory.

Sementara itu, penulis drama Shooting Star adalah penulis Choi Young Woo , drama ini juga akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu jam 10:40 malam KST.

Drama ini bertemakan romantik komedi so korang tak payah risau-risau stress kalau tengok drama Korea.


SINOPSIS PENUH DRAMA SHOOTING STAR 2022~~


Mengisahkan tentang dunia hiburan, pekerja yang bekerja untuk seorang bintang dan cuba membuat bintang itu bersinar.

Oh Han-Byeol (Lee Sung-Kyung) merupakan ketua pasukan PR sebuah syarikat pengurusan , dia mempunyai kemahiran yang sangat baik dalam pertuturan dan pengurusan krisis.

Gong Tae-Sung (Kim Young-Dae) pula adalah pelakon utama syarikat pengurusan tempat Oh Han-Byeol bekerja. 

Dia disayangi orang kerana imejnya yang  seorang yang baik hati dan sopan namun Gong Tae-Sung mempunyai sisi yang berbeza sebenarnya dia mempunyai keinginan yang kuat untuk menang dan panas baran.

Oh Han-Byeol dan Gong Tae-Sung bergaduh dan bertengkar mengenai hampir semua perkara, namun lama kelamaan hubungan mereka berkembang secara romantis.

Bagaimanakah proses hubungan Han Byeol dan Tae Sung, adakah berakhir dengan happy ending atau ada hati yang terluka.


PELAKON-PELAKON DRAMA SHOOTING STAR~~


Pelakon cantik Lee Sung Kyung akan membawa watak Oh Han Byul di dalam drama ini manakala pelakon kacak Kim Young Dae akan membawa watak Gong Tae Sung.

Pelakon yang popular di dalam drama Penthouse iaitu Yoon Jong Hoon membawa watak Kang Yoo Sung.

Sementara itu, pelakon manis Kim Yoon Hye membawa watak Park Ho Yeong di dalam drama Shooting Star ini.

Ahli kumpulan Girls Day So Jin turut membintangi drama ini sebagai watak Jo Ki Peum manakala ahli band CNBLUE Jung Shin membawa watak Do Soo Hyuk.

Pelakon lelaki Lee Seung Hyub , Ha Do Gwon dan Shin Hyun Seung masing-masing membawa watak Kang Shi Deok , Choi Ji Hoon dan Yoon Jae Hyun.

Watak bernama Jin Yoo Na dan Hong Bo In dibawa oleh pelakon cantik Lee Shi Woo dan Kwon Bo In.


AKHIR KATA ~~


Korang jangan lupa taw layan drama ini bulan April ini , drama ini ringan dan tidak berat dan sangat sesuai korang yang nakkan hiburan.

Mesti tak sabarkan nak tengok gandingan Lee Sung Kyung dan Kim Young Dae sebab kedua-dua mereka merupakan rising star.

Selamat menonton korang semua ~~



Post a Comment

Previous Post Next Post