Biodata Lee Sung Kyung Pelakon Shooting Star 2022. Drama Shooting Star merupakan drama TvN yang disiarkan bulan april 2022. Tunggak utama drama ini adalah Lee Sung Kyung dan Kim Young Dae. Kedua-dua pelakon utama ini sangat popular di Korea dan luar Korea dan gandingan mereka antara yang ditunggu peminat drama. Hari ini nak kongsi dekat ampa biodata lee sung kyung.

Biodata Lee Sung Kyung Pelakon Shooting Star 2022


Nama Lee Sung Kyung menjadi sebutan apabila drama Weightlifting Kim Bok Joo pada 2016 menjadi viral di Korea dan luar Korea.

Drama itu adalah lakonan Lee Sung Kyung bersama dengan Nam Joo Hyuk dan drama itu banyak kali menjadi sebutan oleh peminat drama Korea.

BIODATA LEE SUNG KYUNG PELAKON SHOOTING STAR 2022~~~

Nama sebenar beliau adalah sama seperti nama stage beliau iaitu Lee Sung Kyung lahir pada 10 Ogos 1990 (sama sys tarikh lahir...:p).

Lee Sung Kyung lahir di Goyang , Gyeonggi , Korea Selatan dan merupakan bekas pelajar Dongduk Women University.

Beliau berketinggian 176cm dan beratnya adalah 49 kg manakala Lee Sung Kyung adalah berdarah B.


BAGAIMANA BOLEH LEE SUNG KYUNG MENJADI PELAKON DI KOREA ~~

Sebelum menceburi bidang lakonan, Lee Sung Kyung merupakan model dan juga beliau adalah model dibawah syarikat YG K+ (untuk model).

Pertama kali beliau menjadi model apabila beliau memasuki pertandingan Super Model pada 2008.

2013 beliau berkolaborasi bersama The Papers untuk satu single yang bertajuk I Love You , Lee Sung Kyung turut pandai menyanyi dan bermain drum.

Tahun 2014 merupakan tahun pertama beliau menjadi pelakon apabila menjadi watak pembantu dalam drama It's Okay, That's Love yang diilakokan oleh Gong Hyo Jin.

Tahun 2015 beliau mendapat anugerah "Pelakon Baru Terbaik" untuk kategori Projek Drama Special. 

Beliau juga turut sama membintangi drama yang dilakonkan oleh Park Hee Jin dan Kim Go Eun yang bertajuk Cheese In Trap pada 2016.

Drama pertama beliau menjadi watak utama adalah Weightlifting Kim Bok Joo , di mana drama yang menaikkan nama beliau di dalam industri Korea.

Di dalam drama itu beliau membawa watak Jang Mi Ran dan ramai sangat menyukai keserasian antara beliau dan Nam Joo Hyuk.

Selepas habis drama itu, kedua mereka mengaku bercinta di luar lokasi namun hanya bertahan selama 4 bulan *untuk info je .

Beliau turut membintangi filem pada 2019 sebagai tunggak utama bersama pelakon senior Ra Mi Ran di dalam filem Miss& Mrs Cops.

FOLLOW DAN LIKE MEDIA SOSIAL OFFICIAL ~~

Korang yang nak tahu lebih lagi mengenai Lee Sung Kyung boleh follow instagram beliau di sini >>  LEE SUNG KYUNG

Beliau memiliki lebih 13 Juta pengikut, korang just tekan nama di atas untuk tengok official instagram beliau.

Subscribe juga youtube official beliau >>> Lee Sung Kyung dan TikTok beliau di sini >> TikTok Sung Kyung

Korang boleh tengok di semua media sosial di atas untuk melihat aktiviti terkini Lee Sung Kyung dan jangan lupa tengok drama Shooting Star bermula April 2022.

Post a Comment

Previous Post Next Post