Biodata Seol In Ah Pelakon A Business Proposal. Drama yang tengah hit di Korea sekarang ini adalah A Business Proposal yang diterajui oleh empat tunggak utama. Kim Sejeong , Ahn Hyo Seop, Seol In Ah dan Kim Min Kyu merupakan empat watak penting di dalam drama hit ini. Hari ini kami nak kongsi dekat ampa biodata seol in ah pelakon a business proposal.

Biodata Seol In Ah Pelakon A Business Proposal <3 #ABusinessProposal #SeolInAh   CLICK HERE : https://www.kdramadaebak.com/2022/03/biodata-seol-in-ah-pelakon-business.html




Watak yang dibawa Seol In Ah iaitu Jin Young Seo dalam drama A business proposal ini membuatkan beliau semakin dikenali ditambah chemistry beliau bersama Kim Sejeong tuai puji.

Ramai memuji lakonan mantap mereka berdua, korang yang mana kenali sejeong boleh tengok sini dan biodata seol in ah dibawah.

BIODATA SEOL IN AH PELAKON A BUSINESS PROPOSAL~~

Nama sebenar beliau adalaah Bang Ye Rin menggunakan nama Seol In Ah sebagai nama stage beliau di dalam dunia lakonan.

Seol In Ah debut pada 3 January 1996 di South Korea dan berumur 26 tahun pada tahun 2022, Seol In Ah juga merupakan bekas pelajar Seoul Institute of The Arts dalam bidang lakonan.


PERMULAAN KARIER LAKONAN SEOL IN AH~~

Korang yang mana tak taw, Seol In Ah debut sebagai pelakon pada tahun 2015 , beliau dikenali sebagai watak pembantu dalam drama Strong Girl Bong Soon dan School 2017.

Di dalam drama School 2017 beliau berlakon bersama dengan Kim Sejeong yang merupakan watak utama di dalam drama itu.

Drama pertama di dalam karier lakonan beliau adalah The Producers yang dilakonkan oleh IU, Kim Soo Hyun dan Gong Hyo Jin.

Selepas itu beliau berlakon di dala drama Flowers Of the Prison pada 2016 yang pada ketika itu watak utamanya adalah Jin Se Yeon dan Go Soo.

DRAMA YANG MEMBUATKAN NAMA BELIAU DIKENALI ~~

Seperti korang tahu , nama Seol In Ah mula disebut peminat apabila drama Strong Girl Bong Soon lakonan Park Bo Young dan Park Hyung Sik ditayangkan.

Selepas membintangi drama itu, beliau berlakon di dalam drama series school yang siri School 2017 , lakonan beliau mendapat pujian.

Watak utama pertama beliau adalah drama KBS Sunny Again Tomorrow di mana pada 2018 ditayangkan , melalui drama ini beliau menerima anugerah.

Tahun 2020 beliau turut membintangi drama Record Of Youth lakonan Park Bo Gum dan turut membintangi drama hit 2020 iaitu Mr.Queen.

Untuk 2022 beliau sedang membintangi drama yang tengah hit iaitu Business Proposal , korang jangan lupa taw.

FOLLOW MEDIA SOSIAL OFFICIAL SEOL IN AH~~

Korang mesti ada yang baru minat Seol In Ah kan lepas tengok drama A Business Proposal kan jadi jom follow instagram official >>@_seorina .

Di instagram In Ah mempunyai pengikut seramai 1.1 juta manakala sudah berkongsi lebih 500 gambar.

Korang juga boleh like facebook official beliau disini >> 설인아 Seorina di sini beliau memilik 85 ribu pengikut.

Dekat media sosial beliau korang boleh tengok update terkini dari beliau serta aktiviti harian Seol In Ah.

Teruskan support karier lakonan beliau.





Post a Comment

Previous Post Next Post