Biodata Kim Sejeong , Pelakon A Business Proposal. Drama A Business Proposal yang merupakan drama yang sedang ditayangkan di saluran SBS. A Business Proposal adalah drama yang sedang popular di Korea dan luar negara. Salah seorang watak utama di dalam drama ini adalah Kim Sejeong yang membawa watak Shin Ha Ri , hari ini kami nak kongsi dekat ampa biodata kim sejeong pelakon drama a business proposal.

Biodata Kim Sejeong , Pelakon A Business Proposal

Kim Sejeong tidak hanya terkenal sebagai pelakon namun beliau terkenal sebagai penyanyi dari kumpulan IOI.

BIODATA KIM SEJEONG , PELAKON A BUSINESS PROPOSAL~~

Nama sebenar beliau adalah Kim Se Jeong sama seperti nama stage beliau, lahir pada 28 Ogos 1996 dan berumur 26 tahun pada 2022.

Kim Sejeong lahir di Gimje, North Jeolla , Korea , mempunyai seorang abang serta ketinggian beliau adalah 164cm dan berdarah AB.

Dia seorang yang sangat suka melukis dan melihat movie, mempunyai kelebihan dalam menulis lirik.

Keluarga Kim Sejeong berpindah ke Anyang Gyeonggi , Sejeong sedang belajar di Hanyang Women University dalam jurusan praktikal muzik.

BAGAIMANA KARIER KIM SEJEONG BERMULA~~

Kim Sejeong mula dikenali pada 2016 apabila beliau menjadi salah seorang peserta dalam rancangan survival mnet yang mencari ahli kumpulan wanita.

Di dalam rancangan itu , Kim Sejeong bersaing dengan 101 trainee dari pelbagai agensi untuk debut dibawah kumpulan IO1.

Kim Sejeong berjaya mendapat tempat kedua di dalam rancangan itu dan berjaya debut selama setahun bersama IOI.

Info pada yang taktau Kim Sejeong juga pernah memasuki rancangan Kpop Star 2 namun tidak berjaya mara ke peringkat akhir.

Dengan IOI nama beliau sangat dikenali , beliau juga debut dibawah kumpulan lain dari syarikat naungan beliau , kumpulan itu bernama Gugudan.

Bersama Gugudan , kumpulannya tidak mendapat perhatian dari netizen korea namun untuk solo beliau sudah mempunyai pengikut yang banyak.

LAGU SOLO PERTAMA DAN DRAMA PERTAMA LAKONAN BELIAU~~

Selepas kontraknya bersama IOI tamat beliau meneruskan aktiviti hiburan bersama kumpulan Gugudan.

Tahun 2016 beliau debut sebagai penyanyi solo , lagu pertama beliau adalah Flower Way yang di produce oleh Zico.

Lagu ini berjaya mendapat tempat pertama di music site Korea, dengan lagu ini juga beliau memenangi anugerah pertama untuk solo di rancangan2 muzik di Korea.

Mengenai drama pertama Kim Sejeong, tahun 2017 beliau terpilih menjadi watak utama didalam siri School yang disiarkan di KBS setiap tahun.

Drama School 2017 merupakan drama pertama Kim Sejeong menjadi pelakon dan menjadi watak utama di dalam drama itu. 

Melalui drama ini juga beliau menerima penganugerahan sebagai Pelakon Baru Wanita Terbaik di KBS Drama awatds.

Ramai memuji kebolehan dan bakat Kim Sejeong, beliau juga mula berjinak-jinak sebagai pelakon musical.

PENAMBAHAN PEMINAT SETELAH A BUSINESS PROPOSAL BERMULA~~

Nama Kim Sejeong mula meniti di mulut netizen Korea apabila drama beliau bersama Ahn Hyo Seop dalam A Business Proposal ditayangkan.

Drama ini mendapat rating yang tinggi setiap episod dan setiap episod ratingnya akan naik.

Kim Sejeong tidak hanya semakin dikenali di Korea namun di luar negara nama beliau semakin menjadi sebutan,

Peminat drama Korea diluar negara memuji lakonan baik beliau dan pelakon lain termasuk Seol In Ah.

FOLLOW DAN LIKE MEDIA SOSIAL KIM SEJEONG~~

Buat korang yang mana baru mengenali Kim Sejeong boleh la follow official instagram beliau >>@clean_0828

Beliau mempunyai lebih 3juta pengikut di instagram , korang boleh tengok update terkini Kim Sejeong di sana.

Tidak hanya memilik instagram, Sejeong juga mempunyai youtube personal boleh subsribe di sini >>Official KimSejeong

Beliau juga memiliki twitter yang mempunyai pengikut sebanyak 49.4 ribu di sana boleh follow >>김세정 KIM SEJEONG

Drama a business proposal masih ditayangkan, korang jangan lupa terus layan sampai episod akhir taw.

Post a Comment

Previous Post Next Post