Lagu Tugasan Peserta Big Stage 2022 Minggu Ke 6. Malam Ahad yang lepas kita saksikan persembahan minggu ke 5 peserta-peserta yang berterusan menunjukkan peningkatan. Minggu ke 5 dikatakan cukup special apabila peserta-peserta menyanyikan lagu-lagu dari lagenda tanah air Malaysia iaitu Siti Nurhaliza. Minggu ini pula di Big Stage 4 apakah lagu yang bakal dipersembahkan oleh peserta dibawah merupakan lagu tugasan peserta big stage 2022 minggu ke 6.

Lagu Tugasan Peserta Big Stage 2022 Minggu Ke 6


Minggu tema "This is Siti Nuhaliza" pada ahad yang lepas dapat disaksikan ada beberapa peserta yang tidak berjaya memukau hati juri dan penonton.

Malam itu kita saksikan Sofiaa Marieylla a.k.a mami jerung terpaksa meninggalkan pentas big stage 2022 apabila menerima markah juri 58.60% manakala markah online beliau paling rendah iaitu 6.62%.

TUGASAN PESERTA MINGGU KE 5~~

Dengan tersingkirnya Sofia Marieylla , Tuah Adzmi , Lia Aziz dan Iqbal Zulkifli jadi yang meneruskan perjuangan di dalam Big Stage minggu berikutnya hanya 8 peserta.

Aisha Retno , Elica Paujin , Ajoi Zainal , Danial Chuer , Megat Rahim , Syafiq Abdillah, Yazmin Aziz dan Tegar Septian yang masih meneruskan perjuangan.

Tema untuk minggu ke 6 adalah Rotasi 360 darjah, peserta diminta menyanyikan lagu yang bukan forte mereka , apakah lagu mereka semua itu? jom tengok bawah.

Elica Paujin >> Rindu (Hetty Koes Endang)

Aisha Retno >> Bengawan Solo (Hetty Koes Endang)

Danial Chuer >> Hatinya Tak Tahan (Noraniza Idris)

Ajoi Zainal >> Sorry, Sorry (Super Junior) 

Megat Rahim >> Kelentang Kelentong (Hael Husaini)

Yazmin Aziz >> Bohemian Rhapsody (Queen)

Syafiq Abdillah >> Jeritan Batinku (Azlan & The Typerwritter)

Tegar Septian >> Gadis Jolobu (WARIS ft Dato Hattan)


Kesemua lagu tugasan para peserta untuk minggu ke 6 ini adalah merupakan lagu yang genre yang berbeza dari forte mereka.

Mampukah mereka membawa lagu yang bukan forte mereka dengan begitu baik ? Adakah ada elemen kejutan dari peserta ? kena nantikan.

Minggu ke 6 juga kita dapat saksikan pertembungan 2 peserta teratas yang menyanyikan lagu dari orang yang sama iaitu Hetty Koes Endang.

Siapakah yang akan mendapat kedudukan di tempat pertama pada malam minggu 6 big stage 2022 ini , mesti tak sabarkan.

Jangan lupa layan Minggu ke 6 Big Stage 2022 di Astro Ria setiap hari Ahad bermula jam 9 malam.

Post a Comment

Previous Post Next Post