Biodata Reen Rahim Pelakon Hebat Drama Malaysia. Peminat 7 Hari Mencintaiku mana , sila angkat tangan dan kaki , ni nak bagitau korang dah tahu ka siapa watak baru dalam drama ini . Watak baru yang bakal diperkenalkan dalam 7 Hari Mencintaiku 3 akan dilakonakan oleh pelakon cantik reen rahim. Watak Dr Fatin Husna dibawa oleh reen rahim , mesti ampa nak taw sapa reen rahim kan , jom baca biodata reen rahim.

Biodata Reen Rahim Pelakon 7 Hari Mencintaiku 3


Reen Rahim bakal muncul di dalam drama 7 hari mencintaiku 3 sebagai watak yang bernama dr fatin husna, korang mesti tak sabarkan nak tahu mengenai fatin husna ini.


BIODATA REEN RAHIM PELAKON 7 HARI MENCINTAIKU 3~~

Nama sebenar beliau adalah Noreen Ashikin binti Abdul Rahim lahir pada 3 november 1988 di Klang, Selangor.

Reen Rahim merupakan anak ketiga dari 4 adik beradik, dia berumur 34 tahun pada tahun 2022 ini.


PERMULAAN KARIER SENI REEN RAHIM ~~

Ampa mesti tertanya kan macam mana Reen Rahim ini memulakan kerjaya sebagai pelakon dan mesti ampa tertanya jugakan tahun bila dia debut.

Reen Rahim masuk dalam dunia seni Malaysia bermula dengan memasuki rancangan Pilih Kasih  pertandingan lakonan drama pentas teater yang diterbitkan Rosyam Nor pada 2011.

Rezeki memihak pada Reen Rahim apabila beliau mendapat tempat pertama dalam Pilih Kasih musim ke 3.

Selepas itu , dia mula mengorak langkah sebagai anak seni apabila drama pertama lakonan beliau adalah Aku Tak Percaya Cinta.

Drama berikutknya adalah Evolusi KL Drift: The Series , beliau membawa watak Tasha , tidak hanya drama beliau juga bergelar pelakon filem pada 2013.

Filem pertama lakonan beliau adalah Gangster Celop, beliau membawa watak Rabiahtun dan sehingga kini beliau sudah membintangi lebih 10 filem.


FOLLOW DAN LIKE MEDIA SOSIAL OFFICIAL REEN RAHIM~~

Ampa yang mana baru minat Reen Rahim boleh follow instagram beliau disini >> @reenrahim , setakat april 2022 beliau memilik 1.2 juta pengikut. 

Dekat sana ampa boleh tengok aktiviti harian Reen Rahim serta produk-produk terbaru dari Reen Rahim sendiri. 

Mana taw lepas tengok drama 7 Hari Mencintaiku 3 ni ampa jadi nak kenal lebih Reen Rahim kan hee, macam mana lahkan watak Dr Fatin Husna kan.

Teruskan lebar sayap Reen Rahim dalam dunia lakonan dan ampa pun teruskan support kerjaya Reen Rahim.

Post a Comment

Previous Post Next Post