Sinopsis Tomorrow Lakonan Rowoon Dan Kim Hee Sun. Drama yang dinanti-nantikan peminat drama Korea akhirnya ditayangkan. Drama yang mengandingkan pelakon senior dan pelakon baru iaitu Kim Hee Sun dan Rowoon. Tomorrow merupakan drama yang pertama mengandingkan Kim Hee Sun dan SF9 Rowoon. Jom baca sinopsis tomorrow lakonan rowoon dan kim hee sun.

Sinopsis Tomorrow Lakonan Rowoon Dan Kim Hee Sun

Drama Tomorrow adalah drama yang bertemakan aksi , drama dan fantasi dan merupakan drama MBC Netflix.

Tomorrow juga adalah drama yang diadaptasi dari webcomic Naeil dari Ra Ma yang release di Naver bermula 20 May 2017.

Untuk Info, drama Tomorrow ini juga setiap episod ratingnya meningkat menunjukkan drama ini menjadi tontonan ramai di Korea.


SINOPSIS TOMORROW LAKONAN ROWOON DAN KIM HEE SUN~~


Mengisahkan tentang Choi Jun-Woong (Ro Woon) mencari pekerjaan, tetapi sukar baginya untuk diambil bekerja.

 Pada suatu malam, dia secara tidak sengaja bertemu dengan malaikat maut Koo Ryeon (Kim Hee-Seon) dan Im Ryoog-Gu.

 Dua malaikat maut itu tergolong dalam pasukan pengurusan krisis. Koo Ryeon ialah ketua manakala Lim Ryung-Gu adalah ahli.

 Objektif mereka adalah untuk menyelamatkan orang yang membunuh diri, tidak lama kemudian, Choi Jun-Woong menjadi ahli baharu pasukan pengurusan krisis.

Kemunculan Park Joong Gil (Lee Soo Hyuk) adalah untuk apa , dan bagaimanakah hubungan Koo Ryeon dan Jung Woong.

PROFIL DRAMA TOMORROW 2022~~


Drama Tomorrow merupakan drama yang ditayangkan setiap hari Jumaat dan Sabtu jam 10 malam korean time.

Tomorrow juga adalah drama yang mengantikan drama Tracer di saluran MBC setelah habis tayangan.

Pengarah drama ini ada 2 orang iaitu Pengarah hebat Kim Tae Yeon dan pengarah cerdik Sung Chi Wook.

Penulis webcomic drama ini adalah Ra Ma manakala penulis Kim Yoo Jin adalah penulis drama ini.

Ditayangkan bermula 1 April dan akan bersambung sehingga 16 episod keseluruhannya iaitu pada 21 May 2022.


BARISAN PELAKON TOMORROW 2022~~

Drama Tomorrow dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Kim Hee Sun yang membawa watak Koo Ryeon di dalam drama ini.

Watak Choi Jun Woong dibawah oleh pelakon meningkat naik dan idola SF9 Rowoon , lakonan Rowoon menujukkan peningkatan dari drama ke drama lain.

Pelakon kacak Lee Soo Hyuk pula membawa watak Park Joong Gil dalam drama ini manakala watak Lim Ryung Gu dibawa oleh Yun Ji On.

Kim Hee Sook yang merupakan pelakon veteran membawa watak Pengerusi Jade Hwang manakala pelakon cantik Kim Nu Ri membawa watak Jang Jae Hee.

Pelakon  manis Moon Suh Yoon membawa watak Jeon So In manakala Kim Chil Doo memain peranan sebagai Octuplet.

INFO AKHIR~~


Drama Tomorrow sedang ditayangkan , so korang yang baru nak tengok boleh tengok yang ada subtitle di sini >> Tomorrow Subs

Keseluruhan drama ini mempunyai 16 episod so ampa jangan lupa layan sampai abis taw drama ini.

Selamat menonton semua!!




Post a Comment

Previous Post Next Post