Biodata Bona Pelakon Twenty Five Twenty One. Drama Twenty Five Twenty One merupakan salah satu drama Korea yang tengah trending di Korea dan luar Korea. Drama gandingan Nam Joo Hyuk dan Kim Tae Ri berjaya membuatkan drama ini trending di media sosial setiap kali habis satu episod. Salah seorang lagi yang membuatkan drama ini trending adalah watak Go Yu Rim yang dibawa oleh Bona , ampa mesti nak kenalkan sapa Bona ni , baca bidata bona pelakon twenty five twenty one dibawah.

Biodata Bona Pelakon Twenty Five Twenty One

Korang yang peminat drama Twenty Five Twenty One ni taw tak siapa Bona ini ? Bona merupakan ahli kumpulan WJSN taw, mesti tak cayakan yang dia idol sebab lakonan dia macam pelakon.

WJSN merupakan girl group yang debut pada tahun 2015 yang dianggotai oleh 12 orang perempuan yang terdiri dari orang Korea dan China.

BIODATA PENUH BONA WJSN~~

Nama sebenar Bona adalah Kim Ji Yeon , lahir pada 19 August 1995 di Dalseo District , Daegu , South Korea.

Menggunakan nama stage Bona , beliau berumur 27 tahun pada tahun 2022 dan merupakan bekas pelajar sekolah menengah dongguk girls.

PERMULAAN KARIER NYANYIAN BONA WJSN~~

Sama seperti idola yang lain sebelum debut sebagai penyanyi mereka akan menjadi "trainee" dahulu sebelum bergelar artis.

Bona bermula sebagai trainee dibawah Cube Entertainment yang dahulunya merupakan agensi yang menjaga Apink, Beast dan 4Minute.

Selepas itu Bona berpindah ke Starship Entertainment yang merupakan agensi Sistar , Monsta X , IVE dan ramai lagi.

Hujung 2015 , Bona diumumkan sebagai ahli dibawah WJSN dan berada di unit Wonder sebelum WJSN debut keseluruhan pada February 2016.


BAGAIMANA BONA MENJADI PELAKON?~~~

Tahun 2017 , ketika aktif dengan WJSN beliau membuat debut sebagai pelakon dalam drama Hit The Top yang diterajui oleh Lee SeeYoung dan Yoon Shi Yoon.

Selepas itu beliau menjadi tunggak utama di dalam drama Girls Generation 1979 , lakonan beliau di dalam drama ini mula mendapat perhatian ramai orang.

2020 beliau berlakon di dalam drama trending dan hit Homemade Love Story sebagai Lee Hae Deun, lakonan beliau di dalam drama itu berjaya membolehkan beliau menerima anugerah.

Beliau memenangi anugerah pelakon baru wanita terbaik di KBS drama Awards 2020 untuk lakonannya di dalam drama itu.

Tahun 2022 , beliau muncul di dalam drama hit Twenty Five Twenty One dan sekali lagi lakonan beliau mendapat pujian ramai peminat drama.

Siapa yang tidak kenal Go Yurim yang dilakonkan beliau di dalam drama itu , bermula dari menjadi rival Na Hee Doo iaitu Kim Tae Ri kepada menjadi sahabat baik.

INFO AKHIR ~~

Korang yang mana baru minat Bona boleh follow official instagram Bona di sini >> @bn_95819 untuk lihat info-info terbaru Bona.

Teruskan support Bona sebagai penyanyi di dalam kumpula WJSN dan sebagai pelakon Bona untuk next-next drama beliau.

Last info ialah WJSN sedang bersaing di dalam rancangan Queendom 2 iaitu rancangan Mnet yang menampilkan penyanyi-penyanyi wanita yang bersaing untuk gelaran no 1.

Korang boleh juga tengok Bona di sana dan teruskan support kesemua mereka di sana , fighthing Bona dan WJSN dan semua peserta lain.



Post a Comment

Previous Post Next Post