Sinopsis Drama Love All Play 2022. Drama Korea yang sedang ditayangkan semakin hari semakin mendapat perhatian peminat drama Korea dalam dan luar negara. Love All Play merupakan drama yang dibintangi oleh pelakon kacak Chae Jong Hyeop, Park Ju Hyun dan Park Ji Hyun.Jom baca macam mana sinopsis drama love all play 2022.

Sinopsis Drama Love All Play 2022


Drama love all play ini merupakan drama yang baru sahaja ditayangkan menggantikan drama School 2022.

Love all play ini mengetengahkan tentang kehidupan pemain badminton , bagaimana strugglenya mereka untuk menjadi terbaik.

SINOPSIS PENUH DRAMA LOVE ALL PLAY 2022~~

Mengisahkan tentang Park Tae-Yang (Park Ju-Hyun) adalah seorang atlet badminton yang menjanjikan. 

Dek kerana satu insiden, dia meninggalkan sukan badminton selepas 3 tahun kemudian, dia memutuskan untuk menyertai pasukan badminton Eunice.

Kehidupannya suatu ketika dahulu berkisar kepada badminton dan kini dia kembali kepada sukan yang diimpikan untuk dimainkan.

Manakala Park Tae-Joon (Chae Jong-Hyeop) adalah  seorang pemain badminton dan dia melihat sukan itu tidak lain hanyalah pekerjaan baginya.

 Dia dikeluarkan dan digugurkan dari  pasukan dewan bandar dan menandatangani dengan pasukan Eunice. 

Di sana, Park Tae-Joon bertemu dengan Park Tae-Yang , bagaimana hubungan mereka apabila pertama kali dipertemukan.


BARISAN PELAKON - PELAKON DRAMA LOVE ALL PLAY ~~

Drama ini diterajui oleh pelakon kacak Chae Jong Hyeop , beliau merupakan pelakon yang sedang meningkat naik di Korea. 

Antara drama hit yang dibintangi beliau adalah Nevertheless bersama Song Kang dan Han So Hee dan drama The Witch Dinner bersama Song Ji Hyo.

Heroin drama ini dibintangi oleh Park Ju Hyun yang juga merupakan pelakon baru dan pemenang pelakon baru terbaik wanita di Baeksang Arts Awards.

Chae Jong Hyeop membawa watak Park Tae Joon manakala Park Ju Hyun pula membawa watak Park Tae Yang.

Pelakon lain yang membintangi drama ini adalah Park Ji Hyun pelakon cantik yang popular dengan drama Yumi's Cells dan Do You Like Brahms?.

Di dalam drama ini beliau membawa watak Park Ji Hyun manakala pelakon kacak Kim Mu Jun pula membawa watak Yook Jung Hwan.

Seo Ji Hye yang merupakan pelakon wanita berbakat dan cantik membawa watak yang bernama Lee Yoo Min.

Pelakon senior yang membintangi drama ini adalah Jo Han Chul , In Gyo Jin dan Lee Seoo Hwan, masing-masing membawa watak Lee Tae Sang , Joo Sang Hyun dan Kim Shi Bong.

Watak pemain badminton Yunis team dibawa oleh Choi Seung Yoon yang membawa watak Yeon Seung Woo manakala watak Lee Young Sim dibawa oleh Jo Soo Hyang.

Watak Go Dong Wan , Cheon Yoo Ri dan Oh Sun Soo dibawa oleh Moon Dong Hyeok , Kwon So Hyun dan Bin Chan Uk.

Pelakon kacak dan cantik Lee Chae Min dan Jeon Hye Won membintangi drama ini dengan watak Lee Ji Ho dan Yang Sung Sil.

PROFIL DRAMA LOVE ALL PLAY 2022~~

Drama ini mempunyai keseluruhan 16 episod , ditayangkan bermula 20 april 2022 dan berakhir pada 9 Jun 2022.

Diarahkan oleh pengarah hebat Jo Woong manakala penulis drama ini adalah penulis berbakat Heo Sung Hye.

Tema drama ini adalah romance , sukan dan drama , drama ini disiarkan pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 9:50 malam kst.

AKHIR KATA ~~

Drama Love All Play merupakan antara drama yang kerap kali menjadi fyp di Tik Tok malaysia menunjukkan ramai yang melihat drama ini.

Korang jangan lupa layan drama ini sebab jalan cerita drama ini yang lain dan unik dari drama lain.

Yang mana ada Astro boleh layan drama Love All Play di saluran KBS2 masih sempat korang nak kejar.

Selamat menonton~~





Post a Comment

Previous Post Next Post