Mari Kenal Jaja Illiyes Pelakon Yang Dikenali Nadia. Drama yang sedang menjadi fenomena di Malaysia serta ditayangkan di saluran TV3. Musim ini drama 7 hari mencintaiku 3 ini mempunyai jalan cerita yang sangat menarik dan lebih thriller dari sebelum ini. Selain dari Siti Saleha dan Shukri Yahaya yang menjadi penarik drama ini , watak Nadia yang dibawa Jaja Iliyes juga menjadi sebutan ramai peminat drama ini , jom kita kenali jaja iliyes pelakon drama 7 hari mencintaiku 3.

Kenali Jaja Iliyes Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 3


Kalau sapa layan drama ini dari musim pertama pastinya nampak perkembangan watak yang dibawa oleh Nadia. 

Bermula dari watak bujang sehingga sudah berkahwin dan menghadapi konflik dengan mak mertuanya , makin hari makin complicated watak si nadia ini.

Jaja Iliyes sudah membintangi drama ini dari musim pertama bersama Bil Azali Syukri YahayaSiti SalehaWan Sharmila , Syazwan Zulkifli , Mak Leha maka ramai memuji chemistry antara kesemua pelakon.

BIODATA "NAD" 7 HARI MENCINTAIKU 3 ~~

Nama sebenar Nadia adalah Siti Hajar Iliyes , beliau menggunakan nama stage Jaja Iliyes lahir pada 3 Ogos 1995 dan berumur 27 pada tahun 2022.

Jaja Iliyes lahir di Segamat Johor dan merupakan anak ketiga dari tiga adik beradik serta merupakan pemegang Diploma Teater dan Animasi dari UITM.

PERMULAAN KARIER LAKONAN JAJA ILIYES ~~

Jaja terjun kedalam dunia hiburan tanah air bermula dari menjadi peserta di dalam rancangan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada 2016.

Beliau berjaya menjadi finalis DFKL 2016 dan selepas rancangan itu beliau banyak menerima tawaran berlakon drama dan telefilem oleh produksi-produksi Malaysia.

Drama pertama lakonan Jaja adalah 7 Hari Mencintaiku , dengan kejayaan drama itu nama beliau mula mendapat perhatian peminat drama Malaysia.

Beliau juga menjadi salah seorang pelakon yang membintangi drama Meh Sandar Pada Aku yang merupakan lakonan Mira Filzah dan Aliff Aziz.

Dari mula debut sehingga kini beliau sudah banyak membintangi drama dan telefilem Malaysia.

DRAMA DAN TELEFILEM LAKONANA JAJA ILIYES~~

Antara drama yang dibintangi oleh Jaja adalah Ops Cinta Din Sardin, Lelaki Itu Pemilik Hatiku , Budak Boys , Papa nak menantu dan banyak lagi.

Jaja juga turut membintangi drama Bidadari Salju yang ditayangkan di TV3 diterajui oleh Adam Lee dan Sweet Qistina.

Telefilem lakonan Jaja antaranya adalah Seutas Gelang Emas, Cikgu Dina Pakai Prada , Awak Kat Mana , Titi Kayu dan banyak lagi.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL NADIA 7 HARI MENCINTAIKU 3~~

Pastinya setelah drama 7 hari mencintaiku 3 ditayangkan makin ramai yang nak kenal mengenai Nad a.k.a Jaja kan so apa lagi follow la media sosial official beliau.

Korang follow instagram Jaja di sini >> @jajailiyes_ dan juga facebook beliau di sini >> @jajailiyesdfkl

Dekat sini korang boleh tengok update terkini dari Jaja dan korang boleh tengok aktiviti harian beliau.

Teruskan support karier lakonan Jaja Iliyes dan semua team 7 hari mencintaiku 3 taw korang !

Post a Comment

Previous Post Next Post