Biodata Amyra Rosli Pelakon Jangan Menangis Cinta. Mana peminat drama jangan menangis cinta , mari sama -sama berkumpul di sini . Drama jangan menangis cinta merupakan drama yang ditayangkan di saluran astro ria pada jam 10 malam. Hari ni Una nak kongsi dekat ampa biodata salah seorang dari pelakon utama itu , jom baca sinoppsis amyra rosli pelakon jangan menangis cinta.

Biodata Amyra Rosli Pelakon Jangan Menangis Cinta


Drama jangan menangis cinta juga merupakan salah satu drama yang juga menjadi sebutan dan sering menjadi perbincangan di laman sosial.

Jangan menangis cinta merupakan drama yang diterajui oleh Amyra Rosli dan Remy Ishak , drama yang mempunyai 40 episod keseluruhannya.

Peminat Riyana Nordin mari kita kenali dengan lebih dekat lagi beliau .

BIODATA AMYRA ROSLI PELAKON JANGAN MENANGIS CINTA~~ 

Nama sebenar Amyra Rosli adalah Nur Amira Izzati binti Rosli , lahir pada 24 Ogos 1991 di Shah Alam , Selangor.

Amyra merupakan bekas pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam jurusan diploma teater.

Beliau merupakan anak sulung dari empat orang adik beradik dan merupakan anak kepada  Noor Zaridah Ahmad  dan Rosli Ahmad.

Ibu beliau merupakan pengurus a&r di salah satu syarikat entertainment terbesar di malaysia iaitu warner music malaysia.

Amyra Rusli juga adalah isteri kepada pelakon Amar Bahrain dan mempunyai 2 orang cahaya mata Aqeef Anaqi dan Ayra Ayrssa.

PERMULAAN KARIER DUNIA HIBURAN AMYRA ROSLI ~~

Amyra Rosli memulakan kerjaya beliau adalah muncul di dalam rancangan TV Pendidikan pada 2009 bersama pembaca berita TV3 sekarang iaitu Amirul Hakim Lokman.

Beliau muncul di dalam rancangan tv pendidikan di bahagian mata pelajaran BM tingkata 2.

Bermulanya karier beliau sebagai pelakon adalah pada 2011 apabila beliau debut dalam drama Supermak yang diterajui oleh Azhan Rani dan Zul Yahya. 

Selepas melakukan debut pada 2011, 2012 beliau membawa watak pembantu dalam drama Warkah Cinta yang dimainkan oleh IM Nazrul dan Heliza Helmi. 

Tahun berikutnya beliau mendapat tawaran yang banyak dari produksi drama , beliau membintangi 4 drama pada tahun itu.

Drama yang beliau lakonkan itu adalah Jodoh, Cinta dan Wahyu , Ku cinta kau seorang dan cinta pandang kedua.

Tahun 2014 merupakan tahun yang banyak beliau bintangi drama iaitu sebanyak 6 drama antara drama itu adalah Oh My English dan Suamiku encik sotong.

NAMA AMYRA ROSLI SEMAKIN DIKENALI ~~

Nama Amyra Rosli mula dikenali selepas drama Suamiku Encik Sotong menjadi drama fenomena pada 2014.

Lakonan beliau bersama Sharnaaz ampa berjaya mendapat pujian penonton dan sering menjadi sebutan penonton.

Drama beliau yang cukup dikenali di Malaysia ialah Cik Bunga Encik Sombong yang mana beliau berlakon bersama suami beliau.

Tahun 2016 beliau sekali lagi menjadi sebutan apabila drama isteri tuan ihsan menjadi viral dan sebutan ramai orang.

Di dalam drama itu beliau menjadi watak Seroja Irdina yang seorang happy go lucky dan sangat periang. 

Nama beliau berada di kedudukan yang berlainan adalah apabila drama Nur mencetuskan fenomena di Malaysia.

Watak Nur yang dibawanya menjadi pujaan ramai orang pada 2018 dan muncul kembali dalam Nur 2 pada tahun berikutnya.


MEDIA SOSIAL OFFICIAL AMYRA ROSLI ~~

Mesti dekat sini ada yang baru jadi peminat amyra rosli kan selepas tengok drama jangan menangis sayang kan.

Ampa follow dan like official media sosial amyra dekat sini >>@aamyrarosli . dekat sini beliau sudah memiliki 6 juta pengikut.

Yang mana nak follow youtube beliau pon boleh di sini >> Aqeef Anaqi TV . di sini .beliau memiliki 73.9 subscribers.

Teruskan support lakonan Amyra Rosli kerana lakonan beliau sangat mantap dan merupakan pelapis pelakon senior Malaysia.

Komen dibawah kalau ampa ada nak baca biodata artis Malaysia or artis Korea , nanti kita boleh tulis dekat next entry.

Teruskan juga support drama jangan menangis cinta yang bakal tamat minggu ini, tq.



Post a Comment

Previous Post Next Post