Biodata Redza Rosli Pelakon Drama- Drama Melayu. Drama yang menggantikan drama fenomena 7 hari mencintaiku 3 sekarang adalah bisik-bisik gelora.Pelakon utama yang membintangi drama itu adalah Redza Rosli yang membawa watak Jad Izzuding. Hari ini kami nak kongsi dekat ampa biodata redza rosli pelakon bisik-bisik gelora. 


Nama redza rosli sudah tidak asing lagi dalam industri drama Malaysia, beliau sudah banyak membintangi drama-drama melayu.

Beliau juga kadangkala digelar klon pelakon Sharnaz Ahmad kerana muka lakonan mereka seakan sama .

Buat yang baru kenal beliau , mari kita baca biodata redza rosli serta bagaimana beliau terjun dalam dunia hiburan malaysia.

BIODATA REDZA ROSLI PELAKON BISIK-BISIK GELORA 


Nama sebenar Redza adalah Ahmad Redza bin Rosli , beliau lahir pada 18 mac 1992 di Subang Jaya Selangor Malaysia.

Redza Rosli mempunyai 4 orang adik beradik dan beliau merupakan anak ketiga , beliau merupakan seorang pelakon dan model.

Beliau berusia 30 tahun pada tahun 2022, mempunyai ketinggian 181 cm , sangat tinggi kan.

PERMULAAN KARIER LAKONAN REDZA ROSLI~~

Redza Rosli debut sebagai pelakon pada tahun 2009 pada ketika itu beliau berumur 17 tahun , ketika itu drama yang beliau berlakon adalah Kamelia Katrina tayangan di Astro.

Selepas itu , beliau berehat seketika selama 4 tahun sebelum kembali dengan drama Tanah Merah pada tahun 2013.

2014 beliau membintangi 2 drama itu drama tayangan TV2 dan TV3 , drama yang bertajuk Lembayung Kasihmu dan Antidot.

Tahun berikutnya berlainan dari tahun sebelumnya iaitu kerana beliau membintangi lebih dari 4 drama , bermula dengan Silir Kasih, Stella , Puteri Bukan Nama Sebenar . Maria 

Terindah dan M.A.I.D yang mana drama ini cukup popular di Malaysia lakonan Ayda Jebat dan Zul Ariffin.

Redza Rosli juga banyak membintangi drama yang mencetuskan fenomena di malaysia seperti Leftenan Zana , Meh Sandar Pada Aku, Kekasih Hatii Mr Bodyguard , Rindu Yang Terindah ,

Plan Cinta , Isteri Untuk Diiktiraf , Misteri Mona, Seadanya Aku , Seindah Takdir Cinta dan banyak lagi.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL REDZA ROSLI ~~

Siapa yang peminat setia redza rosli mesti tahukan official media sosial beliau , tapi mungkin ada yang baru minat boleh follow dan like di sini >> @redzarosli (instagram).

Pada bulan mei 2022 , redza rosli memiliki 1 juta pengikut di instagram manakala korang boleh juga tengok fanclub redza rosli dekat sini >> @rrsupporters dekat sini korang boleh tengok kot2 ada event fanclub.

Yang mana ada twitter boleh follow redza di sini >>@iamredzarosli , dekat sini korang bole tengok tweet dari redza.

Jangan lupa teruskan support karier lakonan Redza Rosli dan selamat maju jaya redza rosli!






Post a Comment

Previous Post Next Post