Sinopsis Drama Eve Lakonan Seo Yea Ji Dan Lee Sang Yeop. Drama yang dinanti -nantikan oleh peminat drama korea akhirnya akan ditayangkan tidak lama lagi. Eve merupakan drama yang menggandingkan pelakon-pelakon hebat Korea seperti Lee Sang yeop , park byung eun dan seo yea ji. Mari kita baca sinopsis drama eve lakonan seo ye ji dan lee sang yeop. 

Sinopsis Drama Eve Lakonan Seo Yea Ji Dan Lee Sang Yeop



Drama Eve akan menemui penonton tidak lama lagi di saluran tvN , bakal menggantikan drama The Killer's Shopping List.

The Killer's Shopping List merupakan drama yang diterajui oleh Lee Kwang Soo dan Aoa Seolhyun.

Uniknya drama ini adalah ini merupakan drama comeback dari Seo Yea Ji setelah berdepan dengan kontroversi pada tahun lalu.

Sinopsis Drama Eve Lakonan Seo Yea Ji Dan Lee Sang Yeop~~

Mengisahkan tentang Lee La El yang dilakonkan oleh Seo Yea Ji.

Semasa Lee La-El (Seo Yea-Ji) masih kecil, bapanya meninggal dunia tanpa diduga.

Seseorang yang mempunyai pangkat dan berkuasa bertanggungjawab atas kematiannya.
 
Keluarganya musnah tidak lama kemudian , Lee La-El memutuskan untuk membalas dendam dan dia bersedia untuk 13 tahun akan datang. 

Sasarannya ialah Kang Yoon-Gyeom (Park Byung-Eun), yang mengendalikan Kumpulan LY. Lee La-El melaksanakan rancangannya dengan bantuan Seo Eun-Pyeong (Lee Sang-Yeob).

Seo Eun-Pyeong dibesarkan di rumah anak yatim. Selepas dia menyaksikan tragedi Lee La-El dan keluarganya, dia memutuskan untuk menjadi seorang yang memegang kuasa.

Beliau kini merupakan ahli termuda Dewan Negara , Akhirnya, Lee La-El memfailkan perceraian daripada Kang Yoon-Gyeom dan meminta 2 trilion won.

Mampukah Lee La El membalas dendam terhadap mereka yang beliau dendam ? Adakah semua berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah

BARISAN PELAKON EVE 2022~~

Drama Eve ini dibarisi oleh pelakon senior dan pelakon junior yang hebat dan popular , seperti Seo Yea Ji yang membawa watak Lee La El.

Pelakon hebat dan kacak Park Byung Eun membawa watak suami kepada Lee La El yang bernama Kang Yoon Gyeom.

Seorang lagi yang menjadi tunjang drama ini adalah pelakon cantik Yoo Sun memegang watak Han So Ra.

Lee Sang Yeop yang popular dan rancangan reality show Korea turut membintangi drama ini sebagai Seo Eun Pyeong.

Watak keluarga Leee La El di dalam drama ini dibawa oleh Lee Il Hwa yang membawa watak Jang Moon Hee.

Lee Ha Yul pelakon kacak dan hebat membintangi drama ini sebagai Jang Jin Wook , pelakon senior Jo Deok Hyeon turut bintangi drama ini sebagai Lee Tae Joon.

Pelakon berbakat besar Kim Jung Young membawa watak Kim Jin Sook di dalam drama ini.

Kumpulan Kang Yoon Gyeom di dalam drama ini diterajui oleh Park Myoung Hoon dan Lee Se Na yang membawa watak  Kang Chi Gyeom dan Yoon Soo Jung.

Pelakon senior yang membintangi drama ini adalah Jeon Kuk Hwan  dan Jung Hae Kyun yang mana masing-masing membawa watak Han Pan Ro dan Kim Jung Cheol.

PROFIL DRAMA EVE 2022~~


Drama Eve ini diarahkan oleh pengarah hebat Park Bong Sub yang banyak mengarahkan drama dan filem.

Eve merupakan drama yang ditayangkan di saluran tvN bermula pada 1 June 2022 ini dan ditayangkan setiap hari Rabu Khamis jam 10:30 malam.

Penulis drama ini adalah Yoon Young Mi yang merupakan penulis drama seperti The Good Witch, Birth of a beauty dan bride of the sun dan banyak lagi.

Jangan lupa taw layan drama ini.







Post a Comment

Previous Post Next Post