Biodata Im Soo Hyang Pelakon Woori The Virgin. Drama Korea banyak mendapat tontonan dari penonton luar negara apabila ditayangkan tidak kira drama Netflix mahupun drama saluran lain. Banyak pelakon-pelakon memperolehi peminat dari luar negara apabila drama mereka popular di luar negara. Salah seorang pelakon wanita yang namanya sudah dikenali di luar negara iaitu Im Soo Hyang yang merupakan pelakon drama My ID Is Gangnam Beauty. Hari ini jom kita kenali biodata im soo hyang pelakon woori the virgin.

Biodata Im Soo Hyang Pelakon Woori The Virgin

Nama Im Soo Hyang sangat dikenali peminat drama korea luar negara apabila drama My ID Is Gangnam beauty menjadi salah satu drama yang viral di luar negara.

Di dalam drama my id is gangnam beauty, im soo hyang bergandingan dengan idola kacak Cha Eun Woo dan chemistry mereka berdua dipuji penonton drama itu.

Tahun 2022 ini Im Soo Hyang kembali dengan drama baru iaitu woori the virgin di mana beliau bergandingan dengan SungHoon.

BIODATA IM SOO HYANG PELAKON WOORI THE VIRGIN~~

Nama sebenar beliau adalah Lim Soo-hyang lahir pada 19 april 1990 dan merupakan anak kelahiran Busan, Korea Selatan.

Beliau merupakan pelajar Universiti Chung-Ang dalam jurusan Teater dan Filem , beliau berusia 32 tahun pada tahun ini.

Im Soo Hyang menjadi sebutan di korea apabila drama beliau iaitu New Tales Of Gisaen ditayangkan pada 2011.

Selepas itu beliau banyak mendapat tawaran berlakon dari pelbagi produksi drama Korea.

POPULARITI LUAR NEGARA MENINGKAT ~~

Sejak drama my id gangnam is beauty ditayangkan drama ini mendapat perhatian luar negara sehingga mendapat jumlah tontonan yang banyak.

Drama yang menceritakan tentang keputusan untuk menjalani pembedahan kosmetik bagi mengelakkan ejekan menjadi bumerang terhadap pelajar kolej yang mementingkan diri sendiri apabila pembuli 

mencari cara baharu untuk mempersendakan penampilannya, tetapi persahabatan baharu dengan rakan sekelas boleh membantunya mendapatkan keyakinan yang diperlukannya.

Lakonan Im Soo Hyang mendapat pujian yang mendadak dari penonton drama luar negara sehingga sering menjadi sebutan.

ANUGERAH YANG DIPEROLEHI SEJAK DEBUT ~~

Im Soo Hyang merupakan pelakon wanita yang sangat berbakat , beliau sudah berjaya menerima pencalonan di beberapa anugerah besar korea.

Pada tahun 2012 beliau menerima pencalonan artis wanita baru terbaik di anugerah baeksang untuk drama new tales of gisaeng.

2014 beliau mendapat pencalonan untuk drama inspiring genaration di anugerah kbs untuk 2 kategori,

Anugerah pertama beliau adalah di kbs drama awards pada 2017 melalui drama lovers in bloom.

Beliau menerima anugerah top excellence untuk lakonan beliau di dalam drama gangnam beauty pada 2018.


Post a Comment

Previous Post Next Post