Sinopsis Woori The Virgin Lakonan Im Soo Hyang Dan Sung Hoon. Peminat mania drama korea mana , sila angkat tangan lekas. Sapa peminat setia drama korea pastinya sangat kenal dengan orang yang kita nak tulis ini iaitu im soo hyang dan sung hoon. Kedua-dua pelakon ini sudah banyak membintangi drama -drama Korea jadi hari ini nak kongsi dekat ampa sinopsis woori the virgin lakonan im soo hyang dan sung hoon.


Sinopsis Woori The Virgin Lakonan Im Soo Hyang Dan Sung Hoon

Drama Woori The Virgin ini merupakan drama terbaru yang disiarkan di saluran SBS bagi menggantikan drama popular business proposal.

Specialnya drama ini adalah kerana ini adalah gandingan ketiga im soo hyang dengan sung hoon, sangat rare apabila drama korea yang mengandingkan dua pelakon yang sudah pernah bergandingan.

Sebelum ini mereka pernah berlakon bersama di dalam drama popular Five Enough selepas 11 tahun mereka kembali di drama ini.

Drama woori the virgin ini adalah adaptasi dari drama amaerika iaitu Jane the Virgin yang cukup popular.

SINOPSIS WOORI THE VIRGIN 2022~~

Mengisahkan tentang Oh Woo-Ri (Lim Soo-Hyang) bekerja sebagai penolong penulis dalam siri drama popular. 

Walaupun dia berkencan dengan Detektif Lee Gang-Jae (Shin Dong-Wook), dia mahu mengekalkan keperawanannya sehingga dia berkahwin. Teman lelakinya menerima hajatnya. 

Pada suatu hari, Oh Woo-Ri pergi ke OB-GYN untuk pemeriksaan biasa. Disebabkan kesilapan doktornya, Oh Woo-Ri hamil melalui permanian. 

Bapa kandung bayi Oh Woo-Ri ialah Raphael (Sung Hoon). Beliau merupakan CEO sebuah syarikat kosmetik. 

Dia memberikan gambaran bahawa dia dingin, tetapi, dalam fikirannya, dia seorang romantis dan ingin bertemu dengan orang yang dia cintai. 

Realitinya berbeza. Dia berkahwin dengan Lee Ma-Ri (Hong Ji-Yoon). Dia sengaja mendekatinya dan mengahwininya baginya cinta tiada apa-apa dalam hidupnya.

BARISAN PELAKON DRAMA WOORI THE VIRGIN~~

Drama woori the virgin dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Im Soo Hyang yang membawa watak Oh Woo Ri.

Sung Hoon yang merupakan pelakon lelaki popular turut membawa watak Raphael di dalam drama ini.

Pelakon kacak Shin Dong Wook membintangi drama ini sebagai Lee Gang Jae yang merupakan saingan Sung Hoon.

Keluara Oh Woo Ri di dalam drama ini terdiri dari Oh Eun Ran yang dilakonkan oleh Hong Eun Hee manakala Seo Gwi Nyeo dibawa oleh Yun woon kyung.

Pelakon senior Joo Jin Mo membintangi drama ini sebagai Pengerusi Kim Duk Bae dan pelakon cantik Hong Ji Yoon membawa watak Lee Ma Ri.

Kim Soo Ro yang merupakan pelakon hebat dan entertainer membintangi drama ini sebagai Choi Sung II.

Seorang lagi pelakon senior korea yang membintangi drama ini adalah Kim Ik Tae dan Choi Min Geum.


REVIEW PENONTON MENGENAI DRAMA WOORI THE VIRGIN ~~

Drama woori the virgin baru sahaja ditayangkan jadi mari kita tengok review mengenai drama ini dari penonton drama ini ;

"Saya suka Jane si dara dan Sung Hoon ialah Raphael yang sempurna! Dia terlalu menawan yang membuatkan hati saya sakit untuk Gang Jae. Saya akan terus menonton."

"Ia adalah drama yang bagus, saya tidak pasti sama ada saya menonton siri asal sebanyak ini, saya berharap bahawa woori berakhir dengan Raphael tetapi tolong berikan gang jae pengganti yang baik."

"Jika dia berakhir dengan Raphael, saya akan berasa jijik. Apa yang akan berlaku kepada Gang Jae? Adakah dia hanya satu pilihan pada mulanya? Bagaimana pula dengan kesabaran, kebaikan dan

 sebagainya tentang Gang Jae yang dia lakukan padanya? Raphel pun tak boleh hormati pantang Woo Ri, maksud saya dia cium dia dalam episod 1 atau 2 masa silam Woo Ri. Alamak, dia sedang

 menggodanya semasa dia dalam pantang. Fikirkan bagaimana Gang Jae menahan nafsunya hanya untuk menghormati keputusannya yang berpantang. Ya Tuhan, ini tidak boleh diterima"

"Selesai dengan 2 eps. hahaha memang seronok! Saya tidak menonton Jane the Virgin tetapi saya fikir ia adalah pembuatan semula kerana tajuknya dan saya betul. hahaha Tapi saya agak keliru..... 

Raphael dan WooRi bercinta sebelum ini? Kerana mereka telah bercium... tetapi kenapa Raphael melupakannya? Adakah ia kesan sampingan kemoterapinya - kehilangan ingatan?"

"Ubat terbaik untuk hari Isnin! Mula-mula ia adalah Cadangan Perniagaan sekarang Woori si dara! Menyanjung kdrama Isnin&Selasa"

Rata-rata menyukai drama ini kerana ia lain dari yang lain dan kelakar so ampa yang belum tengok boleh tengok.

AKHIR KATA ~

Drama woori the virgin ini tidak mempunyai banyak episod keseluruhannya , hanya 14 sahaja so ampa jangan lupa layan.

Gandingan mantap dari Im Soo Hyang dan Sung Hoo sangat perlu dipuji kerana menjadi penarik kepada drama ini.

Drama ini juga diarahkan oleh pengarah hebat iaitu Jung Ju Hwa dan penulis yang sangat berbakat iaitu Jung Ju Hwa.

Teruskan menonton sehingga habis , yang mana tengah dok layan cerr komen dekat bawah review korang mengenai drama ini.

Selamat menonton semua ~~

Post a Comment

Previous Post Next Post