Biodata Kim Go Eun Pelakon Little Women. Pelakon yang hari ini kita nak kongsi biodatanya adalah pelakon popular dengan drama Goblin dan Cheese In The Trap. Drama Goblin merupakan drama fenomena yang cukup popular di luar negara termasuklah Malaysia jadi mesti korang kenalkan watak utama drama itu iaitu Gong Yoo dan Kim Go Eun. Kim Go Eun sekarang tengah promosi drama terbaru iaitu Little Women . Yup betul hari ini kami nak kongsi biodata kim go eun pelakon little women.

Biodata Kim Go Eun Pelakon Yumi Cells 2



Yumi Cells sudah memasuki musim kedua setelah mendapat sambutan yang cukup hangat pada musim pertama.

Musim pertama menggandingkan Kim Go Eun bersama Ahn Bo Hyun manakala untuk musim kedua ini pula masih mengekalkan mereka berdua tetapi akan lebih menfokuskan Go Eun dan GOT7 Jinyoung.

Korang kena tengok drama Yumi Cells ini kerana ia merupakan adaptasi webtoon yang sangat popular di Korea , dah jom baca biodata Kim Go Eun.

BIODATA KIM GO EUN PELAKON YUMI CELLS 2~~

Nama sebenar beliau sama dengan nama stage beliau iaitu Kim Go Eun , lahir pada 2 July 1991 di Seoul , South Korea.

Merupakan bekas pelajar Universiti Seni Kebangsaan Korea susah taw nak masuk universiti di Korea.

Pada umur 3 tahu , Kim Go Eun dan keluarga berpindah ke Beijing , China dan tinggal di sana selama 10 tahun , beliau mahir bercakap dalam bahasa mandarin.

Beliau dan keluarga kembali ke Korea dan beliau menyambung pelajaran dia sekolah menengah Kaywon High School of the Arts.

BAGAIMANA KIM GO EUN MASUK DALAM DUNIA LAKONAN KOREA~~


Untuk pengetahuan korang , Kim Go Eun debut pada tahun 2012 dalam filem A Muse dan mendapat perhatian dan pujian yang melambung dari peminat filem Korea.

Lakonan beliau di dalam filem Muse ini telah membolehkan beliau menyapu bersih anugerah Pelakon Baru Wanita Terbak di anugerah-anugerah di Korea. 

Sebelum berlakon filem A Muse ini  Kim Go Eun tidak pernah muncul di mana-mana drama atau mendapat mana-mana watak kecik sekalipun. 

Kim Go Eun diterima menjadi pelakon dalam filem A Muse ini apabila menjalani ujibakat mencari pelakon untuk filem ini.

Beliau terpilih dari 300 pelakon wanita lain yang menjalani uji bakat untuk filem ini , pengarah drama ini juga memuji lakonan beliau.

Selepas filem A Muse beliau mendapat sambutan dan sokongan yang banyak serta mendapat tawaran belakon drama dan filem.

Namun beliau terpaksa menolak kesemua tawaran dan memilih untuk berehat dalam dunia lakonan selama 2 tahun.

Memilih untuk rehat 2 tahun kerana beliau kembali ke universiti untuk menghabiskan degree beliau sebelum kembali dalam filem thriller iaitu Monster pada 2014.

Tahun 2015 pula beliau bersama dengan pelakon senior legend Kim Hye Soo ditawar filem Coin Locker Girl.

Melalui filem ini beliau dijemput untuk ke Festival De Cannes pada 2015 bersama pengarah dan pelakon filem ini. 

2016 pula beliau memulakan debut sebagai pelakon drama dalam Cheese In The Trap , drama ini merupakan adapatasi webtoon yang tajuknya sama dengan tajuk drama.

Melalui drama ini beliau sekali lagi dianugerahkan pelakon baru wanita terbaik di Baeksang Arts Award.

Tahun yang sama beliau membintangi drama fenomena iaitu Goblin , drama fantasy yang hit di Korea dan luar Korea.

Drama ini memperolehi rating sebanyak 20% dan menjadi drama yang dikedudukan kelima dalam sejarah cable tv.

Beliau semakin dikenali selepas drama Goblin ini dan berjaya mendapat peminat dari luar negara.

Selepas itu beliau banyak menerima tawaran drama dan filem , sehingga 2022 beliau kembali dengan drama Yumi Cells 2.

Beliau juga sedang dalam proses menjalani rakaman untuk filem Hero yang mana beliau akan membawa watak Seol Hee. 

Drama beliau yang berikutnya akan keluar pada hujung tahun 2022 adalah Little Women , lakonan beliau bersama Nam Ji Hyun dan Park Ji Hu.

Little Women ini juga merupakan drama yang ditunggu-tunggu kerana dibarisi oleh pelakon wanita yang cukup popular.

Akan ditayangkan tidak lama lagi so korang kena tunggu okay.

OFFICIAL MEDIA SOSIAL KIM GO EUN ~~

Peminat Kim Go Eun mesti dah tahu mana official media sosial Kim Go Eun kan tapi pada yang baru meminati beliau boleh follow di sini >> @ggonekim (instagram)

Di laman instagram untuk June 2022 , beliau memiliki lebih 5.2 Juta pengikut , dekat instagram korang boleh tengok aktiviti harian beliau.

Beliau juga menggunakan media sosial instagram beliau untuk mempromosi iklan yang beliau wakili dan drama terbaru beliau.

Teruskan support kerjaya Kim Go Eun ok korang !!





















Post a Comment

Previous Post Next Post