Sinopsis Link : Eat Love Kill Lakonan Moon Ga Young Dan Yeo Jin Goo. Drama korea terbaru yang ditunggu-tunggu akhirnya bakal ditayangkan tidak lama lagi. Link Eat Love Kill merupakan drama yang diterajui oleh pelakon cantik Moon Ga Young dan pelakon kacak Yeo Jin Goo. Sebelum ditayangkan jom baca sinopsis drama link : eat love kill lakonan moon ga young dan yoon jin goo. 

Sinopsis Link : Eat Love Kill Lakonan Moon Ga Young Dan Yoon Jin Goo


Drama ini merupakan drama pertama yang menggandingkan Moon Ga Young dan Yoon Jin Goo dan ini membuatkan drama ini lain dari yang lain.

Bakal ditayangkan tidak lama lagi drama Link: eat love kill ini akan ditayangkan di saluran tvN pada setiap hari Isnin dan Selasa.

SINOPSIS DRAMA LINK: EAT LOVE KILL 2022~~

Drama yang mengisahkan tentang drama misteri fantasi tentang seorang lelaki dan wanita yang berkongsi keadaan emosi yang sama.

Eun Gye Hoon (Yeo Jin Goo) ialah seorang chef yang menubuhkan sebuah restoran di bandar tempat kakak kembarnya hilang 20 tahun lalu. 

Dia mendapati dirinya secara rawak mengalami emosi suatu hari, secara spontan menangis dan ketawa, dan ternyata ia adalah emosi seorang wanita bernama Noh Da Hyun (Moon Ga Young).

PROFIL PENUH DRAMA LINK: EAT LOVE KILL (2022)~~

Nama penuh tajuk ini adalah Link: Eat Love Kill manakala sebutan bahasa Korea adalah Meokgo Saranghara, Jookige.

Drama ini bakal ditayangkan pada 6 June 2022 jam 10:30 malam, drama ini akan menggantikan drama Military Prosecutor Doberman yang masih ditayangkan.

Info lain sebelum drama ini menggumumkan watak utama , pelakon Kim Sun Ho ditawarkan watak utama ini namun menolak dan digantikan dengan Yoon Jin Goo.

BARISAN PELAKON LINK: EAT LOVE KILL (2022)~~

Drama ini dibarisi oleh barisan pelakon yang sangat berbakat seperti Yeo Jin Goo yang membawa watak Eun Kye Hoon.

Watak utama perempuan adalah Moon Ga Young yang popular dengan drama True Beauty ,beliau membawa watak No Da Hyun.

Di dalam drama ini watak keluarga Eun Kye Hoon yang watak Jang Mi Sook di dalam drama ini dibawa oleh pelakon senior Park Bo Kyung.

Watak cilik Eun Kye Young dibawa oleh pelakon cilik Ahn Se Bin manakala bapa Eun Kye Hoon iaitu Eun Cheol Ho dibawa oleh pelakon senior Kwon Hyuk.

Keluarga No Da Hyun di dalam drama ini terdiri dari dua orang iaitu Hong Bok Hee yang mana wataknya dibawa oleh pelakon senior yang hebat Kim Ji Young.

Pelakon senior yang hebat berlakon Ye Soo Jung juga membawa watak keluarga No Da Hyun yang bernama Na Chun Ok.

Di dalam drama ini juga ada scene di balai polis iaitu balai polis Jihwa , watak di dalam balai polis ini adalah dibawa Song Duk Ho yang wataknya adalah Ji Won Tak.

Watak pegawai polis lain adalah dibawa pelakon cantik Lee Bom Sori yang wataknya bernama Hwang Min Jo.

Pegawai polis lain bernama An Jung Ho , Seo Young Hwan dan Bong Sung Woo, ketiga-tiga watak ini dibawa oleh Kim Chan Hyung , Yu Seong Ju dan Yoo Dong Hun.

Drama ini turut dibarisi pelakon senior yang berbakat seperti Lee Gyu Hoe yang membawa watak Han Ui Chan manakala Kim Hyun membawa watak Jo Jae Sook.

Pelakon lain drama ini adalah Yoon Sang Hwa , Seo Dong Gab , Park Ji A dan Yoo Jung Hoo , masing2 membawa watak Jo Dong Nan , Lee Young Hun , Park Sun Hwa dan Kim Min Cheol.

REVIEW DRAMA LINK: EAT LOVE KILL (2022)~~

Apabila pengumuman watak utama drama ini diumumkan ramai tidak sabar untuk melihat drama ini , jom kita baca review mengenai drama ini dari peminat drama.

"Saya benar-benar tidak sabar
6 Jun terlalu panjang, Moon Ga Young unnie dan Yeo Jin Goo Oppa"

"Mehn saya tidak boleh menunggu terlalu jauh? 6 Jun? I'll be very busy with work and school by then I hope I don't forget arrgh can't you guys just make it soon ?"

"Saya benar-benar tidak boleh menunggu ini terlalu lama 6 Jun adalah begitu jauh Saya tidak boleh itu setakat ini peperiksaan saya bermula 6 Jun 

Saya benar-benar tidak tahu apa yang perlu saya katakan, saya hanya akan menonton bintang jatuh ia akan keluar tmrw tarikhnya 220422"

"Datang ke sini untuk Ye Jin Goo. Saya bersyukur kerana dia adalah teraju utama. Omoooo, uri Jin-goo oppa. Sangat teruja untuk ini. Tak sabar nak tengok dia berlakon lagi. ?"

"Pelakon dan pelakon kegemaran saya, saya tidak sabar menunggu drama ini"

AKHIR KATA ~~

Drama Link: Eat Love Kill akan ditayangkan tidak lama lagi so korang jangan lupa taw layan drama ini.

Gandingan Yoon Jin Goo dan Moo Ga Young pastinya akan membuatkan drama ini menjadi viral.

Teruskan support drama ini ok, 6 june nanti selamat menonton ~~





Post a Comment

Previous Post Next Post