Sinopsis Drama Jinxed At First Lakonan Seohyun Dan Na In Woo.  Drama yang ditunggu-tunggu akhirnya bakal menemui penonton tidak lama lagi. Drama yang mengandingkan SNSD Seohyun dan Na In Woo merupakan drama yang paling ditunggu-tunggu kerana drama ini merupakan adaptasi dari komik popular. Jadi jom baca sinopsis drama jinxed at first lakonan seohyun dan na in woo.

Sinopsis Drama Jinxed At First Lakonan Seohyun Dan Na In Woo


Drama romance fantasy ini merupakan drama pertama gabungan antara seohyun dan na in woo di dalam sesebuah drama.

Seohyun terkenal dengan ahli termuda kumpulan perempuan lagenda korea iaitu SNSD atau Girls Generation , beliau banyak menjadi watak utama di dalam drama korea.

Manakala Na In Woo pula merupakan pelakon lelaki yang sedang meningkat naik dan merupakan ahli termuda dalam rancangan 2 days 1 nights.

Drama Jinxed At First ini merupakan drama yang diadaptasi oleh webtoon popular yang tajuknya sama dengan drama ini. 

SINOPSIS JINXED AT FIRST LAKONAN SEOHYUN DAN NA IN WOO~~

Mengisahkan tentang Gong Soo-Gwang (Na In-Woo) menjual ikan di pasar tradisional yang dikenali sebagai lelaki malang dan, kerana ini, orang ramai cuba mengelaknya. 

Hidupnya tidak selalu begitu ,ada satu masa, dia mempunyai masa depan yang cerahdan jelas, selepas Gong Soo-Gwang bertemu Lee Seul-Bi, hidupnya berubah sepenuhnya. 

Setiap kali dia bermimpi tentang Lee Seul-Bi, sesuatu yang buruk berlaku kepadanya . buat pertama kali dalam 7 tahun, Gong Soo-Gwang bertemu semula dengan Lee Seul-Bi.

Sementara itu, Lee Seul-Bi mempunyai kebolehan istimewa iaitu setiap kali dia menyentuh seseorang, dia dapat melihat masa terdekat orang itu.

 Dia mendapat kebolehan istimewa itu daripada ibunya yang juga mempunyai kebolehan yang sama. 

Lee Seul-Bi dan ibunya telah lama hidup dalam kurungan kerana seorang CEO, yang menggunakan keupayaan istimewa mereka. Lee Seul-Bi dapat melarikan diri dengan bantuan ibunya. 

Dia kemudian bertemu Gong Soo-Gwang buat kali pertama dalam 7 tahun, apakah yang bakal terjadi pada mereka berdua , adakah Lee Seul Bi dapat meliihat masa depan Gong Soo Gwang.

BARISAN PELAKON JINXED AT FIRST 2022~~

Drama Jinxed at First merupakan drama yang dilakonkan oleh Na In Woo sebagai Gong Soo Gwang yanng merupakan watak penting drama ini.

Watak penting lain adalah Lee Seul Bi yang dibawa oleh SNSD Seohyun , wataknya seorang yang ceria dan boleh melihat masa depan seseorang.

Drama ini turut dibintangi oleh pelakon baru yang popular dengan drama Love Alarm musim kedua iaitu Ki Do Hoon yang membawa watak Sun Min Joon di dalam drama ini.

Jinxed at first merupakan drama yang dibarisi oleh pelakon senior yang hebat iaitu Jeon Kwang Leol , di dalam drama ini beliau memegang watak Sun Sam Joong.

Pelakon yang popular dengan drama Nevertheless Lee Ho Jung membintangi drama ini sebagai  Jo Jang Kyung.

Watak Jo Jang Geun di dalam drama ini dibawa oleh pelakon lelaki baru iaitu Cho Han Gyeol manakala watak General Manager dibawa oleh Kim Dong Young. 

Watak Sun Dong Sik da watak ibu kepada gong soo gwang dibawa oleh pelakon hebat Choi Jung Woo dan Yun Yoo Sun.

Ramai lagi pelakon yang membintangi drama ini jadi jangan lupa layan drama ini bila ditayangkan.

PROFIL DRAMA JINXED AT FIRST 2022~~

Drama Jinxed At First merupakan drama yang bakal ditayangkan di saluran KBS2 dan bakal menggantikan drama Love All Play.

Jinxed at first merupakan drama dari komik Jinxui Yeonin , penulis komik ini adalah Han Ji Hye manakala pelukis adalah Goo Seul.

Bakal ditayangkan pada 15 June 2022 pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 9 : 50 malam di saluran KBS2.

Pengarah drama ini adalah Yun Sang Ho yang juga merupakan pengarah drama River Where The Moon Rises.

Ini merupakan drama kedua pengarah Yun Sang Ho berkerja sekali dengan Na In Woo , sebelum ini di dalam drama sama river where the moon rises.

Keseluruhan drama ini mempunyai 16 episod , penulis drama ini merupakan penulis hebat Jang Yoon Mi.

AKHIR KATA ~~

Sebelum penutup sapa yang nak tengok drama ni yang ada subtitle jangan risau kitaorang akan update dekat blog ini.

Uniknya drama ini kerana ramai tidak sabar untuk melihat gandingan Seohyun dan Na In Woo yang mana mereka katakan pasti serasi.

Peminat SNSD juga tidak sabar untuk melihat drama terbaru dari penyanyi kegemaran mereka iaitu Seohyun.

Lakonan Na In Woo sering mendapat pujian biarpun beliau merupakan pelakon baru jadi ramai tidak sabar untuk melihat lakonan beliau di dalam drama ini.

Ampa semua pun jangan lupa support drama ini taw.

Selamat menonton~~~




Post a Comment

Previous Post Next Post