Kenali PU Azman Penceramah dan Pelakon Malaysia . Peminat setiap drama 7 hari mencintaiku 3 pastinya sangat mengenali apabila nama taufik disebut. Watak seorang yang sedang memujuk untuk kembali dengan bekas isterinya dan cara kelakar karakter beliau membuatkan nama beliau menjadi sebutan penonton. Watak Taufik ini dibawa oleh PU Azman , mari kita kenali PU Azman pelakon 7 hari mencintaiku 3.

Kenali PU Azman Pelakon 7 Hari Mencintaiku 3


Siapa sangka seorang penceramah di Malaysia mempunyai bakat berlakon , drama 7 hari mencintaiku 3 ini bukanlah drama pertama lakonan PU Azman.

Sebelum ini beliau pernah membintangi drama popular Lelaki kiriman tuhan dan Sweat dreams pada tahun 2018 dan 2019.

BIODATA PENUH PU AZMAN PELAKON 7 HARI MENCINTAIKU 3~~

Nama sebenar beliau adalah Azman Syah bin Alias berasal dari Negeri Sembilan , Malaysia dan lahir pada 3 Januari 1981.

Dikenali sebagai PU Azman kerana beliau merupakan peserta Pencetus Ummah Musim kedua serta merupakan Juara Pencetus Ummah Musim Itu.

Pencetus Ummah adalah rancangan Astro yang mencari pendakwah berkebolehan dan berbakat dan ditayangkan di saluran Astro Oasis.

Ibu beliau bernama Fatimah Taat meninggal dunia pada tahun 2017.

PERMULAAN KARIER PU AZMAN ~~

Selepas menjuarai Pencetus Ummah beliau banyak menerima tawaran menjadi pengacara , berlakon drama dan telefilem.

Drama pertama PU Azman adalah Tanah Kubur: Ummah Jahiliah, di dalam cerita ini beliau memegang watak Ustaz Lokman.

Bakat lakonan PU Azman mula menjadi sebutan apabila lakonan beliau di dalam Lelaki Kiriman Tuhan sebagai Cik Muiz mendapat perhatian.

Drama Lelaki Kiriman Tuhan selepas itu beliau sekali lagi mendapat perhatian apabila drama Sweat Dreams yang diterajui Mira Filzah dan Ben Amir menjadi viral.

Tahun ini sekali lagi nama beliau menjadi sebutan penonton apabila lakonan beliau sebagai Taufik dalam drama 7 hari mencintaiku 3 menjadi popular di media sosial.

Biarpun beliau aktif berlakon beliau turut menyebarkan dakwah apabila beliau banyak keluar di dalam rancangan-rancangan Islamik.

Antara rancangan beliau adalah pada 2021 rancangan beliau adalah Jawapan Panas Ramadhan, Chit Chat Ustaz Ramadhan , Jabatan Netizen dan Trending.

Beliau banyak menjawab soalan-soalan berkaitan agama Islam dari netizen Malaysia dan beliau juga mempunai pengikut orang muda yang ramai.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL PU AZMAN ~~

Media sosial sangat diperlukan pada masa kini untuk kerjaya dan menyebarkan dakwah , PU Azman turut mempunyai media sosial yang banyak beliau gunakan untuk menjawab pertanyaan netizen.

Sapa yang belum follow boleh follow instagram beliau >>@PUAZMAN di sini beliau memiliki 2.6 juta pengikut.

Selain instagram media sosial beliau yang lain adalah twitter >>@Cik Man , youtube >> PU Azman Official dan tiktok >>PU Azman

Teruskan support kerjaya PU Azman !

Post a Comment

Previous Post Next Post