Profil Raysha Rizrose Pelakon Bisik-Bisik Gelora. Drama TV3 terbaru yang menggantikan drama fenomena 7 hari mencintaiku 3 adalah drama bisik-bisik gelora. Drama bisik-bisik gelora menampilkan dua pelakon kacak dan cantik iaitu Redza Rosli dan Raysha Rizrose. Mari kita baca profil raysha rizrose pelakon bisik-bisik gelora.

Profil Raysha Rizrose Pelakon Bisik-Bisik Gelora


Bisik-Bisik Gelora merupakan drama yang ditayangkan pada setiap hari isnin sehingga khamis pada jam 7 malam.

Didalam drama bisik-bisik gelora ini , Raysha rizrose membawakan watak Banin Arumi seorang yang sangat nakal dan liar dihantar pulang ke kampung oleh bapanya untuk berubah.

PROFIL RAYSHA RIZROSE PELAKON BISIK-BISIK GELORA~~

Nama penuh Raysha Rizrose adalah Farza Naquraisha binti Mohd Fariz , lahir pada 22 June 1996 di Subang Jaya, Selangor , Malaysia.

Raysha Rizrose mempunyai 7 orang adik beradik dan beliau merupakan anak keempat , beliau merupakan adik pada pelakon popular Malaysia iaitu Uqasha dan Nelydia Senrose.

Bapa Raysha Rizrose bernama Mohd Fariz Iskandar dan ibunya beranna Rosmzai Mohd Noor.

Beliau juga merupakan sepupu kepada pelakon Oktovia Manrose dan Aprena Manrose yang merupakan anak penyanyi dangdut popular Iwan.

PERMULAAN KARIER LAKONAN RAYSHA RIZROSE ~~

Raysha Rizrose terjun dalam dunia hiburan Malaysia ada pada tahun 2011 apabila beliau menjadi pelakon di dalam drama tv AlHijjrah iaitu Paksu Man. 

Pada ketika beliau berlakon drama Paksu Man ini beliau berumur 15 tahun.

Selepas berehat seketika , beliau muncu semula pada 201 apabila beliau memasuki rancangan astro iaitu Dewi Remaja.

Beliau terpilih menjadi salah satu dari 20 peserta untuk 2014/15 Dewi Remaja dan rezeki memihak pada beliau apabila dinobatkan sebagai Juara Dewi Remaja 2014/15.

Selepas menjadi juara, 2 tahun berikutnya beliau menjadi watak utama di dalam drama Pinggang Tak Retak , Nasi Tak Dingin.

Di dalam drama ini nama beliau semakin dikenali dan menjadi sebutan , chemistry antara beliau dengan Idris Khan mendapat pujian dari penonton.

Tahun yang sama beliau berlakon di dalam drama Apa Dah Jadi dan Misi Laksa Dan Laksam yang ditayangkan di saluran TV2 dan TV3.

2018 beliau turut membintangi drama popular Zahir Tak Terucap  bersama Aeril Zafril dan Shahrul Ridzuan.

Filem pertama beliau adalah Dukun Doktor Dani yang mana di dalam filem ini beliau membawa watak Fikha.

Untuk tahun 2022 beliau membintangi 3 drama iaitu untuk Astro dramanya adalah Ex Aku Pontianak dan Biarkan Ia Pergi untuk TV3.

Dan sekarang yang sedang ditayangkan adalah drama Bisik-Bisik Gelora yang ditayangkan di Slot Akasia.


MEDIA SOSIAL OFFICIAL RAYSHA RIZROSE~~

Oleh disebabkan drama bisik-bisik gelora banyak keluar di fyp tiktok pastinya korang dah mula layan drama ini kan , so rajin-rajin la juga follow media sosial pelakon drama ini.

Mari follow official media sosial raysha rizrose di >> @raysharizrose (instagram) , setakat mei 2022 beliau sudah memiliki 1 juta pengikut.

Yang mana nak join fanclun raysha rizrose juga boleh follow sini >>raystars.fc , kat sini korang boleh tengok pelbagai promo2 drama beliau.

Teruskan support kerjaya Raysha Rizrose, pastinya selepas ini lebih banyak drama dari beliau.

*jika ada fans Raysha yang nak add apa2 boleh komen dibawah ok.





Post a Comment

Previous Post Next Post