Biodata Anna Jobling Pelakon Melur Untuk Firdaus. Drama Malaysia yang sedang hangat diperkatakan di negara jiran Indonesia iaitu drama melur untuk firdaus. Dek kerana drama ini mendapat sambutan yang hangat di Malaysia dan Indonesia , nama watak utamanya juga terkena tempias populariti. Nama Anna Jobling mendapat perhatian peminat setelah lakonan alam drama melur untuk firdaus mendapat pujian. Jom kita baca biodata anna jobling pelakon melur untuk firdaus.

Biodata Anna Jobling Pelakon Melur Untuk Firdaus


Gandingan antara Anna Jobling bersama dengan Meerqeen buat pertama kali ini mendapat sambutan hangat dari penonton.

Ramai sangat menyukai keserasian antara mereka berdua , mereka berdua juga akan muncul dengan drama baru tidak lama lagi .

BIODATA ANNA JOBLING PELAKON MELUR UNTUK FIRDAUS~~

Nama sebenar beliau adalah Anna Ellisa Gustin Jobling binti Abdul Rahman, menggunakan nama Anna Jobling sebagai nama stage beliau.

Beliau lahir pada 14 Ogos 2000 di Kuala Lumpur , kini tahun 2022 beliau berusia 22 tahun dan beliau juga merupakan seorang anak tunggal di dalam keluarga.

Anna Jobling merupakan kacukan Inggeris -Melayu , dimana bapa beliau adalah berasal dari UK manakala ibunya adalah dari Melaka.

Kedua-dua ibu bapa beliau bekerja, ibu beliau adalah seorang pengurus manakala bapanya adalah jurutera di syarikat minyak dan gas.

PERMULAAN KARIER ANNA JOBLING DALAM INDUSTRI HIBURAN MALAYSIA~~

Anna Jobling adalah merupakan salah seorang peserta Dewi Remaja 2018/2019 , tidak hanya peserta , beliau merupakan pemenang tempat keempat Dewi Remaja.

Untuk info korang sebelum masuk Dewi Remaja , Anna sudah pon masuk beberapa pertandingan ratu cantik seperti Miss Pahang dan Miss Melaka.

Beliau juga merupakan salah seorang bekas pelajar akademi peragaan yang merupakan milik Amber Chia.

Anna juga banyak menjadi bintang iklan dan model majalah di Malaysia, beliau mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan setelah tamat Dewi Remaja.

Lakonan pertama beliau adalah filem Pasal Kau! yang mana watak utamanya adalah Hairul Azreem dan Janna Nick.

Beliau juga banyak menerima tawaran berlakon drama , drama pertama beliau adalah di Awesome TV iaitu One Two Hantu. 

NAMA MENJADI SEBUTAN DAN DIKENALI PEMINAT DRAMA MALAYSIA~~

Nama Anna Gobling menjadi sebutan dan perhatian peminat Malaysia apabila lakonan beliau di dalam drama Shah Alam 4000 mendapat pujian.

Ramai menyukai watak Shafinaz Mckenzie yang dibawah oleh Anna dan ramai memuji percakapan Bahasa melayu beliau.

2022 sekali lagi nama beliau menjadi sebutan peminat Malaysia serta peminat baru dari Indonesia apabila drama Melur Untuk Firdays menjadi viral di negara sana.

Keserasian antara Anna dan Meerqeen membuatkan ramai sangat menyukai drama ini, mereka juga bergandingan dengan drama terbaru yang bakal disiarkan tidak lama lagi.

Tahun 2022 ini Anna muncul dengan 3 drama dan 1 telefilem , drama beliau yang akan datang adalah Dia Yang Ku Jadikan Suami dan telefilem Semua Tentang Kita.

OFFICIAL MEDIA SOSIAL DAN AKHIR KATA~~

Mana peminat drama Melur Untuk Firdaus  Malaysia , Indonesia dan negara lain ,korang mari kita follow official media sosial Anna Jobling.

Dekat official media sosial ini korang boleh tengok update terkini aktiviti seni dan harian Anna >>@annajobling (instagram) dan fanclub anna >> @annajstars

Korang teruskan support kerjaya lakonan Anna Jobling kerana beliau merupakan salah seorang pelakon pelabis yang berbakat.

Diharap selepas ini lagi banyak drama , filem dan telefilem dari Anna Jobling , fighthing!







Post a Comment

Previous Post Next Post