Profil , Sinopsis Drama Bloody Heart Lakonan Kang Han Na Dan Lee Joon. Drama yang ditunggu-tunggu akhirnya ditayangkan , drama yang menggandingkan Kang Han Na dan Lee Jon. Gandingan mereka berdua merupakan gandingan yang ditunggu-tunggu peminat, tidak sabar untuk melihat keserasian antara kedua-dua mereka. 

Profil , Sinopsis Drama Bloody Heart Lakonan Kang Han Na Dan Lee Joon


Drama sejarah korea ini membawakan barisan pelakon lama dan baru Korea selatan , ramai tidak sabar untuk melihat drama ini.

Watak utama drama Bloody Heart ini adalah Lee Joon , Kang Han Na dan Jang Hyuk , ini merupakan gandingan pertama kali di dalam satu drama buat mereka bertiga.

Kang Han Na merupakan pelakon wanita yang popular dengan drama Start Up lakonan Suzy dan Nam Joo Hyuk.

Lee Joon pula adalah merupakan penyanyi idola yang menjadi pelakon, beliau baru sahaja tamat latihan ketenteraan.

Drama ini unik kerana dibarisi oleh pelakon berbakat Jang Hyuk yang merupakan pelakon senior yang popular di Korea.

SINOPSIS DRAMA BLOODY HEART (2022)~~

Menceritakan tentang bapa Lee Tae (Lee Joon) memecat raja dengan bantuan Park Gye-Won (Jang Hyuk) dan bapanya menjadi raja dinasti baru. 

Selepas menggantikan bapanya, Lee Tae kemudiannya menjadi raja seterusnya. Lee Tae percaya sebarang tindakan adalah wajar untuk mencapai matlamatnya. 

Dia mahu memerintah sebagai raja mutlak, tetapi Naib Perdana Menteri Pertama Park Gye-Won menentang idea itu. Park Gye-Won lebih berkuasa daripada raja.

Sementara itu, Yoo Jung (Kang Han-Na) adalah anak perempuan dari keluarga bangsawan. Lee Tae menganggapnya sebagai isterinya. 

Disebabkan itu, keluarganya terlibat dalam perebutan kuasa di istana diraja, bagaimanakah perebutan kuasa ini akan berakhir? adakaha ada pertumpahan darah.

BARISAN PELAKON BLOODY HEART (2022)~~

Antara watak-watak yang dibawa oleh watak utama adalah Lee Tae yang watak ini dibawa oleh Lee Joon.

Kang Han Na di dalam drama bloody heart ini membawa watak bernama Yoo Jung yang merupakan adalah anak dari keluarga bangsawan.

Pelakon senior berbakat Jang Hyuk membawa watak Park Gye Won di dalam drama bloody heart ini.

Drama ini juga diserikan dengan pelakon cantik Park Ji Yeon yang membawa watak Permaisuri Dowager Choi GaYeon.

Pelakon senor Ahn Nae Saeng membawa watak Raja Sunjong manakala watak Permaisuri Inyoung dibawa oleh pelakon berbakat Woo Mi Hwa.

Pelakon baru meningkat naik Park Ji Bin melakonkan watak Lee Tae ketika muda manakala Ham Eun Jung pula membawa watak Permaisuri Yoon.

Drama Bloody Heart ini turut dibarisi oleh pelakon senior berbakat seperti Heo Sung Tae , Ryu Seung Soo , Jo Hee Bong.

Ketiga-tiga mereka membawa watak menteri pertahanan Jo Won Pyo , Im Jin Sa dan Ma Seobang.

PROFIL DRAMA BLOODY HEART (2022)~~

Drama Bloody Heart ini ditayangkan di saluran KBS2 bermula 2 May 2022 sehingga 21 June 2022 dan akan berakhir tidak lama lagi.

Keseluruhan episod bloody heart adalah 16 episod dan diarahkan oleh pengarah berbakat Yoo Young Eun.

Penulis drama bloody heart pula adalah penulis Park Pil Joo yang banyak menulis drama -drama di Korea.

REVIEW PENONTON DRAMA BLOODY HEART(2022)~~

Untuk info korang , drama ini masih ditayangkan so ada yang sedang layan drama ini jadi mari kita baca review drama ini, antara komenya adalah "Saya terlalu geram dengan Ep 13. Ratu Janda

 membunuh ramai gadis dan pegawai yang tidak bersalah dengan cara yang sangat kejam tidak

 kira apa yang dia rasa kasihan atau kerana cemburu. Dia mesti dibayar dengan nyawanya.

 Juga permaisuri Choi. kerana dia hanya risaukan dirinya. Saya tidak mempunyai simpati lagi sejak dia menyeksa dan membunuh seorang gadis. Ia menghancurkan hati saya.

 Kasihan CP yang terpaksa dia derita. King sudah terlambat untuk menolongnya sekarang. Saya harap bayi itu masih sihat."

"Jadi yang mana satu benar-benar untuk negara di sini, ia cenderung kepada Empress Park dan Park Gye Won, seperti watak mereka, chemistry mereka seolah-olah bersatu walaupun ia bukan tentang cinta."

"Ini adalah drama sejarah terbaik yang pernah saya lihat. Saya menyukainya dan berada pada umur tempat duduk saya walaupun dengan sarikata. Suka suka suka"

"Lee Joon memang bagus dalam watak Raja! Dia sangat baik. Dia kelihatan menakutkan! Pelakon yang hebat!"

"Selepas menonton episod terbaru, saya benar-benar ingin tahu apa yang akan berlaku selepas ini. Saya suka bagaimana drama itu menjadi agak rumit berbanding sebelum ini. Tetapi saya takut bahawa pengakhirannya akan 'menggantung'"

"Saya boleh menjadi satu-satunya yang berharap untuk melihat percintaan antara park gye won dan Ratu janda, saya menyokong mereka daripada petunjuk utama."

Ha korang dah baca review kan , apa tunggu lagi jangan lupa layan drama ni dekat sini BLOODY HEART SUBS.

Dah  nak dekat habis dah drama ini , selamat menonton semua ~


Post a Comment

Previous Post Next Post