Biodata Meerqeen Pelakon Melur Untuk Firdaus. Drama yang menjadi kegilaan remaja-remaja sekarang iaitu melur untuk firdaus , sebuah drama yang disiarkan di slot lestary tv3. Drama melur untuk firdaus merupakan drama yang diadaptasi dari novel My Rude Wife. Diterajui oleh dua pelakon baru Meerqeen dan Anna Jobling , hari ini kami akan kongsi mengenai biodata meerqeen pelakon melur untuk firdaus.

Biodata Meerqeen Pelakon Melur Untuk Firdaus


Drama siri melur untuk firdaus merupakan antara drama melayu yang sedang menjadi sebutan dan mendapat perhatian dari peminat drama.

Gandingan Meerqeen bersama Anna Jobling berjaya mendapat pujian dari ramai peminat kerana keserasian yang mantap

Melur untuk Firdaus juga adalah drama pertama untuk tahun 2022 bagi meerqeen yang mana namanya semakin meniti di mulut peminat setelah tamah rancangan Hero Remaja.

BIODATA MEERQEEN PELAKON MELUR UNTUK FIRDAUS~~

Nama sebenar Meerqeen adalah Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam , lahir pada 4 June 2001 di Ampang , Selangor.

Meerqeen merupakan bekas pelajar Kolej Vokasional Gombak dalam jurusan Diploma Jurusan Insurans.

Beliau adalah merupakan anak saudara kepada pelakon dan penyanyi era 90 an iaitu Safura Yaacob.

PERMULAAN KARIER DALAM BIDANG HIBURAN MEERQEEN~~

Meerqeen sudah mula berjinak-jinak dalam dunia hiburan tanah air ketika beliau masih muda lagi iaitu semasa beliau berumur 15 tahun.

Ketika berusia 15tahun beliau memasuki satu ujibakat dan menerima banyak tawaran namun beliau hanya menjadi dan memilih untuk menjadi model dalam sebuah iklan pada 2017.

Karier lakonan Meerqeen sebagai pelakon bermula apabila beliau menerima tawaran untuk menjadi salah seorang pelakon dalam drama Takdir Kira.

Meerqeen ditawarkan menjadi watak utama setelah watak di dalam drama itu setelah seorang pelakon senior menolak tawaran tu.

Drama pertama beliau yang menaikkan nama beliau adalah drama beliau bergandingan dengan pelakon kacak Hun Haqeem dan Wanna Ali dalam drama 70 episod.

Di dalam drama Angkara Cinta ini turut membuatkan nama Meerqeen mendapat perhatian dari media dan peminat.

Tahun 2021 Meerqeen muncul di dalam 3 drama Malaysia iaitu Marry Me Senorita bersama Janna Nick , Bila Syaitan Berbisik dan Malaysian Ghost Stories.

Sebelum itu juga, 2020 merupakan tahun pertama beliau menjadi pelakon filem apabila beliau membintangi filem Kelaster yang diarahkan oleh pengarah Razif Rashid.

2022 beliau kembali dengan drama Melur Untuk Firdaus dan drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi di Astro Ria iaitu Ash Dan Aish bersama pelakon baru Siti Khadijah.

OFFICIAL MEDIA SOSIAL DAN AKHIR KATA ~~

Meerqeen seperti korang tahu adalah merupakan pelakon baru yang namanya semakin menjadi sebutan so korang yang mana baru minat sila follow sini >> @meerqeen

Setakat June 2022 beliau sudah memiliki lebih 478k pengikut di instagram dan korang juga boleh follow fanclub beliau disini meerqeentroopersofficial

Dekat official media sosial Meerqeen korang boleh tengok full aktiviti harian beliau dan promo untuk drama-drama dan filem dan iklan terbaru beliau.

Teruskan support kerja lakonan Meerqeen kerana beliau mempunyai bakat besar dan merupakan pelapis pelakon-pelakon Malaysia.

Layan drama Melur Untuk Firdaus sehingga tamat ok ~~


Post a Comment

Previous Post Next Post