Biodata Fimie Don Pelakon Melur Untuk Firdaus. Drama yang sedang menjadi sebutan negara Malaysia dan Indonesia semakin hari semakin menjadi viral. Melur Untuk Firdaus merupakan drama yang mengangkat satu drama Malaysia ke peringkat lebih tinggi. Tunggak utama drama melur untuk firdaus adalah meerqeen , anna jobling dan fimie don, jom rini kita nak kongsi biodata fimie don pelakon melur untuk firdaus.

Biodata Fimie Don Pelakon Melur Untuk Firdaus


Kalau ampa semua drama mania mesti kenal sangat dengan Fimie Don ni sebab dia berlakon sejak kecil lagi.

Buat yang tak tau Fimie Don dulu popular dengan drama siri yang popular di Malaysia Bong dan Hikayat Putera Shazlan.

BIODATA FIMIE DON PELAKON MELUR UNTUK FIRDAUS~ ~

Nama sebenar beliau adalah Shafimie bin Saedon , lahir pada 13 Februari 1998 di Sungai Petani , Kedah.

Beliau yang merupakan seorang pelakon , pengacara dan penyanyi kini berusia 24 tahun pada tahun 2022.

Fimie Don adalah adik kepada pelakon wanita Finie Don dan merupakan sepupu kepada pelakon Nik Adruce.

PERMULAAN KARIER SEBAGAI PELAKON CILIK ~~

Fimie Don memulakan karier beliau sebagai pelakon pada usia masih kecil iaitu pada berusia 8 tahun.

Beliau sudah memegang watak utama pada ketika itu, drama pertama beliau adalah Hikayat Putera Shazlan yang ditayangkan pada 2006.

Pada 2008 pula beliau membintangi drama siri Popular TV9 iaitu Bong yang mengisahkan tentang keluarga Bong.

Pada ketika itu , kesemua pelakon drama Bong sangat dikenali sehinggakan banyak siri yang dikeluarkan dari drama itu.

2 tahun selepas itu , beliau muncul dalam drama Kem Pink selepas itu beliau turut bintangi drama popular Juvana.

Sehingga kini beliau sudah membintangi lebih 30 drama , antara drama popular yang beliau bintnagi adalah Mr Donat Karamel, Titian Takdir , Diari Seorang Suami dan paling terbaru

adalah Melur Untuk Firdaus yang sedang ditayangkan di TV3 di Slot Lestary, beliau juga telah berlakon lebih dari 10 filem di Malaysia.

Antara filem lakonan beliau adalah Magika, 8 Jam , SAM, Balistik , Butak dan Gol & Gincu Vol.2 dan banyak lagi.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL FIMIE DON DAN AKHIR KATA~~

Mesti dekat sini banyak peminat drama Melur Untuk Firdaus kan , mesti korang peminat Meerqeen , Anna Jobling dan Fimie Don kan.

Tunggu apa lagi jom follow dan like official media sosial beliau di Real Fimie Don , dekat sini korang boleh tengok aktiviti harian beliau.

Korang jangan lupa taw follow untuk tahu perkembangan karier hiburan Fimie Don , teruskan support kerjaya Fimie Don.

Beliau merupakan salah seorang bakat muda yang boleh pergi jauh dengan pengalaman yang beliau ada.

Good Luck untuk Fimie Don dan fans~~

Post a Comment

Previous Post Next Post