Profil Drama Extraordinary Attorney Woo Lakonan Park Eun Bin. Drama yang dinannti -nantikan peminat setia drama Korea akhirnya bakal ditayangkan. Extraordinary Attorney Woo adalah drama terbaru Korea yang diterajui oleh pelakon cantik berbakat Park Eun Bin dan pelakon kacak Kang Tae Oh. Drama terbaru ini bakal ditayangkan di netflix jadi mari kita baca profil drama extraordinary atttorney woo lakonan park eun bin.

Profil Drama Extraordinary Attorney Woo Lakonan Park Eun Bin


Park Eun Bin merupakan salah seorang pelakon wanita yang sangat berbakat , hampir semua drama yang beliau bintangi wataknya berbeza.

Kalau korang nak taw korang kena tengok drama beliau Age Of Youth , Hot Stove League, Do You Like Brahms dan The Kings Affection.

Keempat-empat drama ini karakter beliau berlainan namun beliau mampu membawa dengan begitu baik sekali sehingga menerima penganugerahan.

Drama Extraordinary Attorney Woo ini akan menggandingkan Park Eun Bin bersama pelakon baru meningkat naik iaitu Kang Tae Oh.

SINOPSIS DRAMA EXTRAORDINARY ATTORNEY WOO (2022)~~

Mengisahkan tentang Woo Young-Woo (Park Eun-Bin) sangat pintar dan dia juga mempunyai gangguan spektrum autisme. 

Dia tidak pernah melupakan apa yang dia lihat, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran sosial dan empati. 

Woo Young-Woo mula bekerja sebagai peguam pelatih di sebuah firma guaman besar. 

Semasa bekerja di sana, dia menghadapi prasangka dan tidak rasional terhadapnya, tetapi dia menyelesaikan kes dengan perspektif uniknya sendiri dan berkembang sebagai seorang peguam.

PROFIL DRAMA EXTRAORDINARY ATTORNEY WOO (2022) ~~

Drama Extraordinary Attorney Woo merupakan drama terbaru yang bakal ditayangkan Netflix dan tajuk lain drama ini adalah Yisanghan Byeonhosa Wooyoungwoo.

Extraordinary Attorney Woo bakal ditayangkan bermua 29 June ini , drama ini diarahkan oleh pengarah hebat Yu In Sik.

Sementara itu , penulis drama ini pula adalah Moon Ji Won , juga drama ini ditayangkan pada setiap Rabu dan Khamis 9 malam.

BARISAN PELAKON EXTRAORDINARY ATTORNEY WOO (2022) ~~

Watak Park Eun Bin di dalam drama ini adalah Woo Young Woo manakala watak yang dibawa oleh Kang Tae Oh pula adalah Lee Joon Ho.

Drama extraordinary attorney woo ini juga dibarisi oleh pelakon hebat seperti Kang Ki Young yang membawa watak Jung Myung Seok.

Pelakon senior Jeon Bae Su turut sama membintangi drama ini sebagai  Woo Gwang Ho manakala Pelakon cantik Baek Ji Won membawa watak Han Sun Young.

Pelakon yang hebat dalam lakonan Jin Kyung membawa watak Tae Soo Mi manakala Jo Hyun Young memegang watak Donggeurami.

Drama ini turut memperkenalkan watak Choi Soo Yeon dan Kwon Min Woo yang mana dibawa oleh pelakon Ha Yoon Kyung dan Joo Jong Hyuk.

AKHIR KATA ~~~

Jangan lupa taw pada 29 june ini untuk melihat drama ini, drama yang mengetengahkan tema undang-undang.

Drama ini dijangka tamat pada bulan Ogos tahun ini , drama ini menjadi tumpuan kerana ramai tidak sabar melihat lakonan Park Eun Bin.

Nanti jangan lupa taw ~~

Post a Comment

Previous Post Next Post