Biodata Kang Ki Young a.k.a. Attorney Jeong' Extraordinary Attorney Woo.  Hi peminat drama korea semua hari ini nak kongsi dekat ampa drama korea yang sedang trending dan popular sekarang adalah extraordinary attorney woo lakonan Park Eun Bin , Kang Tae Oh dan Kang Ki Young. Sapa yang layan drama ini mesti kenal dengan watak attorney jeong kan , alaa ketua yang sekepala dengan woo young woo tu. Watak attorney jeong tu dibawa oleh kang ki young jadi mari kita baca biodata kang ki young a.k.a attorney jeong extraordinary attorney woo.

Biodata Kang Ki Young a.k.a Attorney Jeong Extraordinary Attorney Woo

Drama extraordinary attorney woo ini telah membuatkan nama Kang Ki Young menjadi sebutan dan semakin dikenali , kalau korang nak taw Kang Ki Young ni dah lama dalam industri Korea.

Walaupun dah lama tapi nama beliau tak sangat dikenali tapi selepas drama extraordinary attorney woo ini telah mengubah segalanya.

BIODATA KANG KI YOUNG a.k.a ATTORNEY JEONG ~~

Nama sebenar beliau adalah Kang Gi-yeong namun menggunakan drama stage Kang Ki Young lahir pada 14 October 1983.

Pada tahun ini beliau berusia 39 tahun , mendirikan rumahtangga pada 2019 dengan bukan artis selepas bercinta selama 3 tahun, beliau juga mempunyai seorang anak lelaki.

Kang Ki Young merupakan bekas pelajar Universiti Suwon (Jabatan Teater dan Filem) , beliau juga lahir di Incheon.

DRAMA PERTAMA DALAM KARIER LAKONAN KANG KI YOUNG ~

Kang Ki Young debut dalam industri hiburan Korea bermula 2009 namun drama pertama lakonan beliau adalah pada 2012 apabila beliau membuat cameo di dalam drama Horse Doctor.

Selepas cameo beliau menjadi watak sampingan di dalam drama High School King of Savvy pada 2014 dengan watak dibawa adalah Jo Duk Hwan.

Tahun yang sama beliau membintangi 3 lagi drama sebagai watak sampingan iaitu The Three Musketeers , Love Frequency 37.2 dan Reset.

Berikutnya beliau meneruskan karier lakonannya dengan membintangi 3 drama pada 2015 , antara drama lakonan beliau adalah Oh My Ghost dan Six Flying Dragons.

Beliau juga turut membintangi beberapa drama hit seperti What's Wrong with Secretary Kim, Familiar Wife dan My Secret Terrius.

DEBUT SEBAGAI PELAKON FILEM ~~

Tidak hanya aktif sebagai pelakon drama , Kang Ki Young turut sama aktif dalam dunia perfileman apabila beliau membintangi beberapa filem.

Debut filem beliau adalah Daddy You, Daughter Me , beliau membintangi filem ini sebagai Joo Jang-won pada 2017.

Tahun 2017 juga beliau membintangi filem The Mayor disini beliau membawa watak tukang repair handphone.

Antara filem -filem lakonan beliau yang lain adalah On Your Wedding Day , Exit , Our Season, The Puzzle, Crazy Romance dan The Book Of Fish.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL KANG KI YOUNG DAN AKHIR KATA~~

Kang Ki Young seorang yang happy go lucky ini pernah menyertai rancangan game show yang diacarakan oleh Yoo Jae Suk iaitu Village Survival, the Eight.

Sapa yang belum tengok boleh tengok dekat sini >> Village Survival, the Eight , ada Blackpink Jennie , Song Kang , Son Dam Bi dan ramai lagi.

Korang mesti salah seorang peminat baru Kang Ki Young kan lepas tengok drama extraordinary attorney woo kan , boleh follow insta beliau > á„€á…¡á†¼á„€á…µá„‹á…§á†¼ Kiyoung Kang .

Dekat insta dia korang boleh tengok aktiviti-aktiviti harian beliau dan boleh tengok update mengenai drama terbaru beliau.

Teruskan support Kang Ki Young taw sebab lepas ni mesti banyak lagi drama dan filem yang beliau akan berlakon.

Support semua taw.

Post a Comment

Previous Post Next Post