Profil , Sinopsis Drama Adamas Lakonan Ji Sung Dan Seo Ji Hye. Drama terbaru Korea yang bakal menemui penonton tidak lama lagi iaitu Adamas. Drama yang menampilkan pelakon lelaki popular Ji Sung bersama pelakon wanita meningkat naik Seo Ji Hye. Adamas merupakan drama Korea yang turut dibarisi oleh barisan pelakon hebat , jadi baca profil, sinopsis drama adamas lakonan ji sung dan seo ji hye.

Profil , Sinopsis Drama Adamas Lakonan Ji Sung Dan Seo Ji Hye

Adamas adalah drama yang memaparkan tema thriller , misteri dan drama , korang yang mana minat misteri-misteri jangan lupa tengok.

Bakal ditayangkan tidak lama lagi , pengambaran drama Adamas sudah mula dilakukan dan masih dalam proses pengambaran.

Ampa yang mana -mana nak tahu sinopsis, profil dan barisan pelakon adamas boleh baca dekat bawah , ampa boleh tengok bagaimana cerita ini.

SINOPSIS ADAMAS (2022)~~

Mengisahkan tentang Menggambarkan kisah saudara kembar membongkar kebenaran daripada kejadian 22 tahun lalu. Mereka akan melawan kejahatan besar untuk membersihkan tuduhan

 pembunuhan bapa kandung mereka yang dituduh membunuh bapa tiri mereka. Mereka berdepan dengan fakta yang mengejutkan bahawa pelaku yang membunuh bapa tiri mereka adalah bapa kandung

 mereka. Namun, setelah mendengar bahawa bapa mereka yang bakal menghadapi hukuman mati

 dituduh palsu, mereka mengejar kebenaran dan menggali banyak rahsia yang disembunyikan oleh kuasa besar.

Woo Shin ialah pengarang novel misteri yang paling laris, dan Soo Hyun ialah seorang pendakwa.

 Walaupun mereka kelihatan sama, personaliti dan pendekatan mereka terhadap masalah adalah berbeza sama sekali, dan mereka akan cuba menyelesaikan kes bapa mereka dengan perspektif yang berbeza.

Eun Hye Soo, ialah pembantu Woo Shin dan isteri kepada anak sulung Kumpulan Haesong. Sebagai anak perempuan tunggal pengarah hospital, dia membesar seperti bunga di rumah hijau. 

Namun, suatu hari dia memberontak terhadap Kumpulan Haesong kerana beberapa siri insiden dan secara rahsia membantu Ha Woo Shin.

Kim Seo Hee ialah wartawan media sosial TNN, yang menyembunyikan rahsia daripada si kembar. 

Dia seorang wartawan yang soleh dan bersemangat yang mementingkan keadilan sosial, dan dia mempunyai senyuman yang boleh memikat sesiapa sahaja.

 Dia tidak boleh membantu tetapi menulis laporan tentang ketidakadilan, yang menjadikannya perkara

 biasa baginya untuk diperas dengan tindakan undang-undang, tetapi ada sebab tertentu mengapa dia begitu bersemangat apabila ia berkaitan dengan keadilan.

BARISAN PELAKON ADAMAS (2022)~~

Drama Adamas dibarisi oleh pelakon senior dan junior yang sangat berbakat seperti JiSung yang merupakan pelakon senior yang cukup popular di Korea.

Ji Sung di dalam drama Adamas membawa dua watak di dalam drama ini iaitu Ha Woo-Shin  dan Song Soo-Hyun.

Manakala Seo Ji Hye yang memegang watak utama perempuan di dalam drama Adamas ini pula membawa watak bernama  Eun Hye Soo.

Watak lain di dalam drama ini adalah pelakon cantik dan pelakon meningkat naik Lee Soo Kyung yang membawa watak Kim Seo Hee.

Pelakon yang membintangi drama popular Squid Game He Seo Tae turut sama berlakon di dalam drama ini dengan watak Choi Tae Sung.

Jo Dong In yang membintangi drama hit Kairos , Bad and Crazy , dan Hyena turut sama membintangi drama ini sebagai Kwon Hyun Jo.

PROFIL DRAMA ADAMAS (2022)~~

Drama Adamas akan mula ditayangkan pada 27 Julai 2022 dan episod terakhir drama ini adalah pada 15 September 2022.

Bakal ditayangkan di saluran TVN pada setiap hari Rabu dan Khamis pada jam 10:30 malam selama 1 jam 10 minit.

Keseluruhan episod Adamas adalah 16 episod dan mengetengahkan tentang dendam, pembalasan, pembunuhan , rahsia dan banyak lagi.


Ampa semua jangan lupa layan drama Adamas yang akan bermula hujung bulan ini, komen di bawah kalau korang tak sabar nak layan drama ini.

*kalau korang ada nak suruh Una share mengenai drama korea, pelakon korea , penyanyi korea ke ape korang boleh komen dibawah juga..mana taw korang nak promote artis kegemaran korang.

Post a Comment

Previous Post Next Post