Biodata Lee Jae Wook Pelakon Alchemy Of Souls. Mana peminat drama korea yang terbaru iaitu alchemy of souls , mai sini kami nak cerita sikit pasai drama ini. Drama alchemy of souls merupakan drama yang menggandingkan pelakon cantik jung somin , nuest hwang mihyun dan lee jae wook sebagai watak utama. Korang mesti nak kenal -kenal dengan watak utama kan jadi hari ini kita nak kongsi dengan ampa biodata lee jae wook pelakon achemy of souls.

Biodata Lee Jae Wook Pelakon Alchemy Of Souls

Lee Jae Wook merupakan salah seorang pelakon baru lelaki yang sedang meningkat naik nama beliau , nama beliau sangat dikenali diluar negara.

Sapa yang tengok drama extraordinary you yang popular pada 2019 pastinya kenal gila dengan lee jae wook ini kan.

Tahun 2022 ini beliau kembali dengan drama baru iaitu alchemy of souls yang mana beliau bergandingan dengan pelakon senior Jung So Min, jom kenal2 lee jae wook.

BIODATA LEE JAE WOOK PELAKON ALCHEMY OF SOULS ~~

Nama sebenar beliau sama dengan nama stage beliau iaitu Lee Jae Wook yang lahir pada 10 May 1998 di Seoul , South Korea.

Lee Jae Wook merupakan bekas pelajar Universiti Chung-Ang dengan jurusan Seni Teater, beliau adalah merupakan seorang model dan pelakon.

PERMULAAN KARIER JAE WOOK DALAM DUNIA HIBURAN KOREA ~~

Lee Jae Wook memulakan karier lakonan beliau bermula 2018 apabila beliau menerima tawaran berlakon sebagai watak support di dalam drama memories of the alhambra.

Di dalam drama itu beliau berlakon sebagai hacker dan beliau berpeluang berlakon bersama park shin hye dan hyun bin yang memegang watak utama.

Tahun 2019 beliau membintangi drama hit iaitu Search: WWW yang dibintangi oleh 3 pelakon wanita yang hebat.

Tahun yang sama juga beliau muncu di dalam drama hit kedua iaitu Extraordinary You  yang mana drama ini menerima perhatian yang sangat tinggi di Korea dan luar Korea.

Nama Lee Jae Wook mula menjadi sebutan setelah watak Baek Kyung yang dibawa beliau menjadi kegilaan ramai orang. 

Beliau muncul sebagai watak pembantu di dalam drama yang dibintangi Park Min Young dan Seo Kang Joon iaitu When The Weather Is Fine pada 2020.

Tahun 2020 beliau muncul dengan drama berikutnya Do Do Sol Sol La La Sol sebagai watak utama bersama Go Ara.

Beliau juga muncul sebagai cameo di dalam drama hit True Beauty pada episod 4 dengan membawa watak baek kyung beliau. 

2022 Lee Jae Wook muncul sebagai watak utama di dalam drama terbaru Alchemy of Souls dengan watak Jang Uk.

PEMENANG ANUGERAH "PELAKON BARU TERBAIK" ~~

Nama Lee Jae Wook menjadi sebutan setelah drama Extraordinary You , dengan drama itu juga beliau menerima pencalonan dan menerima anugerah Pelakon Baru Terbaik.

Beliau menerima pencalonan pertama di anugerah APAN Star pada 2021 namun tidak memenangi anugerah itu. 

Anugerah pertama yang beliau perolehi adalah di Asia Artist Awards di mana beliau menerima anugerah " rookie of the year".

Di anugerah Brand of the year beliau menerima anugerah pelakon baru terbaik dalam kategori rookie.

Beliau juga menerima anugerah yang sama di anugerah terbesar korea MBC Drama awards pada 2019.

Lakonan beliau yang terbaik ini telah membolehkan beliau menerima banyak penanugerahan pada 2020 beliau menerima anugerah excellence di kbs drama awards.

FOLLOW OFFICIAL MEDIA SOSIAL LEE JAE WOOK~~

Korang yang mana baru minat "Jang Uk" boleh follow official media sosial beliau di sini >> @jxxvvxxk

Setakat Julai 2022 beliau sudah memiliki lebih 3.5 juta pengikut , jom ramai-ramai bagi naik lagi pengikut beliau.

Korang boleh tengok update terkini serta drama terbaru dari beliau di official media sosial beliau.

Teruskan support kerjaya lakonan Lee Jae Wook , ramai berpendapat beliau mampu pergi lebih jauh dan sangat berbakat di dalam dunia lakonan.

Selamat maju jaya Lee Jae Wook ~~


Post a Comment

Previous Post Next Post