Review Extraordinary Attorney Woo Episode 6. Drama Korea yang sedang hangat diperkatakan di seluruh dunia sekarang adalah extraordinary attorney woo. Drama yang mengisahkan seorang perempuan yang memiliki sakit mempunyai gangguan spektrum autisme yang bernama Woo Young Woo. Lakonan park eun bin di dalam drama extraordinary attorney woo ini mendapat pujian dari penonton. Hari ni jom kita baca review extraordinary attorney woo episode 6. 

Review Extraordinary Attorney Woo Episode 6


Drama Extraordinary Attorney Woo baru sahaja ditayangkan namun drama ini mendapat rating tontonan yang tertinggi di Korea.

Dan juga drama ini walaupun masih belum episod akhir namun pihak produksi Amerika Syarikat untuk menyatakan minat untuk menadaptasi drama ini.

Drama yang cukup menarik dan sangat sesuai ditonton oleh semua lapisan umur , korang yang mana belum tengok masih sempat nak catch up, boleh tengok yang ada subtitle di sini > Extraordinary Attorney Woo SUBS

Kalau nak review keseluruhan mengenai drama ni , Una bagi 5/5 sebab sangat best dan pelakon-pelakon yang berlakon semua berlakon nampak real.

Watak Woo Young Woo yang dibawa oleh Park Eun Bin sangat menjadi dan nampak seperti memang beliau ada sakit autism tu.

Ampa kena tengok lakonan mantap Park Eun Bin dalam cerita ini , jangan miss langsung , jom kita tengok review drama ini untuk episod 6, apa agaknya yang orang dok kata.

REVIEW DRAMA EXTRAORDINARY ATTORNEY WOO EP6~~

Disebabkan drama ini menjadi viral tidak hanya di Korea malah di luar jadi ramai dah layan drama ini, untuk episod 6 antara komen orang adalah ;

"myeongseok anda lelaki hari ini!! Definisi kata kata ikrar lelaki memang<3 dia so cool😭"

"young-woo dan jung myung-seok adalah duo komedi tidak syak lagi 😂"

"Junho benar-benar menyedari perasaannya terhadap Youngwoo, tetapi dia tidak akan menekannya untuk bersamanya atau memaksa perasaannya kepadanya."

"suyeon dan youngwoo melakukan segala-galanya untuk melindungi hyang sim! Saya juga boleh katakan betapa adilnya hakim ini dalam keputusannya, bahawa dia HANYA menggunakan fakta

 berdasarkan perbicaraan dan bukannya perkara yang dibuat oleh suyeon dan youngwoo ketika mereka bertemu dengannya di pejabatnya."

""kena angkat tangan dulu" 🤣-woo young woo"

""ikan paus sangat pintar, mereka tahu jika mereka tidak melepaskan anak mereka, mereka akan mati tetapi mereka masih melindungi anak mereka sehingga akhir" Jika saya ikan paus, adakah ibu saya tidak akan meninggalkan saya juga?"

"dia jelas jatuh dahulu tetapi tidak pasti lagi manakala yang seorang lagi hampir mengesahkan perasaannya. Saya tidak tergesa-gesa percintaan perlahan-lahan mereka tetapi sial mereka benar-benar membuat saya gila 😭"

""Jangan kita anggap ia sebagai 'sesetengah kes kepentingan awam semata-mata' atau 'sesetengah pembelot Korea Utara semata-mata.' mari bekerja keras walaupun ia bukan kes yang bernilai berbilion-bilion won." ATTY. JEONG IS SOOO 🥺"

Ini antara komen-komen mengenai episod 6 , ramai memuji attorney jeong yang sangat hebat walaupun dia terpaksa kena attack client terpenting syarikat beliau.

Keserasian antara Woo Young Woo dengan Attorney Jeong juga sangat menjadi , dah boleh jadi comedy duo dah depa dua ni.

Ramai juga suka dengan Junho dalam drama ini sebab dia akan cuba sehabis mungkin untuk lindungi Woo Young Woo.

Review dari Una untuk episod hari ini adalah terbaik dan kelakar part "WOW WOW" dari Woo Young Woo.

Orang suruh dia tenangkan orang tapi dia yang tak boleh bertenang haha, sapa tengok dari episod 1 korang akan nampak yang Woo Young Woo mula ada perasaan dah.

Jika tidak awai - awai dia macam robot dan tak da perasaan, episod akan datang pastinya akan lebih mendebarkan sebab dia kena lawan dengan mak dia.

Teruskan menonton sehingga habis drama ini ok semua, selamat menonton~~

Post a Comment

Previous Post Next Post