Biodata Zara Zya Pelakon Honey Moon. Drama TV3 yang sedang popular di media-media sosial sekarang ini adalah Honey Moon. Drama yang menampilkan pelakon cantik Zara Zya dan pelakon kacak Ben Amir sebagai watak utama. Jalan cerita yang ringan dan kelakar ini berjaya menarik ramai penonton untuk menonton drama ini, jadi jom kita kenali biodata zara zya pelakon honey moon.

Biodata Zara Zya Pelakon Honey Moon



Drama Honey Moon ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang chubby berumahtangga dengan seorang lelaki kacak namun ada sesuatu rahsia yang disimpan lelaki kacak ini.

Ampa yang belum tengok drama ini kena tengok taw sebab kelakar gila drama ini , sapa tengok mesti akan senyum ja memanjang, ok dah jom baca pasal Zara Zya.

BIODATA ZARA ZYA (2022)~~

Nama sebenar beliau adalah Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin lahir pada 22 Oktober 1985 di Lenggong , Perak.

Zara Zya merupakan bekas pelajar Akademi Seni Warisan Negara (ASWARA) dan dia juga mempunyai 4 orang adik beradik dan merupakan anak bongsu.


PERMULAAN KARIER LAKONAN ZARA ZYA ~~


Karier Zara Zya bermula apabila beliau memasuki rancangan Dewi Remaja 2005, beliau juga banyak berlakon dalam drama tetapi hanya watak pembantu pada ketika awal karier beliau.

Lakonan pertama beliau dalam telefilem adalah pada 2009 apabila beliau membintangi telefilem Bujang Sepah Silalitamplom.

Pada 2010 beliau berlakon 3 telefilem, tajuk tele itu adalah 3 budak botak 2 hari di hari raya, suaramu dan selipar jepun malaysia.

Zara Zya berpeluang menjadi watak utama untuk pertama kali adalah di dalam drama Love You Mr Arrogant.

Drama Love You Mr Arrogant merupakan drama fenomena di Malaysia apabila ia ditayangkan , nama Zara Zya mula menjadi sebutan setelah drama itu ditayangkan.

Tahun 2012 merupakan tahun istimewa untuk beliau apabila banyak menerima penanugerahan antaranya di  Anugerah MeleTOP Era, Anugerah Drama Festival KL dan ABPBH 2012.

Sejak menerima anugerah , ramai yang mula melihat bakat lakonan Zara Zya beliau menerima banyak tawaran lakonan sebagai watak utama.

Antara drama yang dilakonkan Zara Zya yang menjadi fenomena adalah Tuan Anas Mikael, PIA , Seadanya Aku , Korban Kasih dan banyak lagi.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL ZARA ZYA ~~

Korang mesti nak tahu aktiviti harian Zara Zya kan  so korang boleh follow official media sosial beliau di sini>> @ZARAZYA

Nak tahu perkembangan karier Zara Zya korang boleh tengok dekat sana , sekarang beliau sedang muncul dalam drama Honey Moon.

Teruskan support kerjaya lakonan Zara Zya dan support business Zara Zya jugak ok ~~

Post a Comment

Previous Post Next Post