Profil Drama Love In Contract Lakonan Pelakon Cantik Park Min Young. Drama terbaru lakonan pelakon cantik Park Min Young yang popular dengan drama What's Wrong With Secretary Kim  yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Drama Love In Contrat merupakan drama terbaru dari Park Minyoung setelah drama forecasting love and weather bersama Song Kang. Jom kita baca mengenai drama love in contract lakonan pelakon cantik park min young.

Profil Drama Love In Contract Lakonan Pelakon Cantik Park Min Young

Drama Love In Contract ini adalah drama yang menggabungkan Park Min Young bersama pelakon kaca  kacak Ko Gyung Pyo.

Love in Contract merupakan drama yang bertemakan business dan romance , drama ini bakal bersiaran pada bulan september ini.

SINOPSIS LOVE IN CONTRACT (2022)~~

Mengisahkan tentang Choi Sang-Eun (Park Min-Young) ialah seorang wanita yang menarik, mempunyai bakat dan daya tarikan. 

Dia bekerja sebagai master perkahwinan kontrak dan tugasnya adalah untuk membantu pelanggannya menjalani kehidupan bujang yang sempurna. 

Dia mengubah dirinya untuk setiap pelanggannya serta pelanggannya Jung Ji-Ho (Ko Gyung-Pyo) telah mengikat kontrak perkahwinan dengannya selama 5 tahun, berjalan pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat dalam seminggu. 

Jung Ji-Ho seorang lelaki misteri manakala klien baharunya Kang Hae-Jin (Kim Jae-Young) adalah seorang pelakon popular. 

Beiau  mempunyai akad nikah dengannya pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu. Choi Sang-Eun terlibat dengan 2 pelanggannya dan mendapati dirinya dalam cinta segi tiga.

Drama ini juga mengisahkan tentang perkhidmatan pembantu yang menyediakan isteri kepada orang bujang yang memerlukan pasangan untuk dibawa ke perhimpunan untuk pasangan suami isteri dan perjumpaan sekolah.

Apakah yang bakal terjadi antara Jung Ji Ho , Kang Hee Jin dan Choi Sang Eun apabila terlibat dengan cinta 3 segi.

BARISAN PELAKON DRAMA LOVE IN CONTRACT (2022)~

Di dalam drama ini Park Min Young merupakan salah seorang watak utama dan beliau membawa watak bernama Choi Sang Eun.

Manakala watak utama lelaki pula di bawa oleh pelakon Kong Gyung Pyo dan beliau memegang watak brnama Jung Ji Ho.

Cinta 3 segi di dalam drama ini seorang lelaki bernama Kang Hee Jin , watak ini dibawa oleh pelakon meningkat naik Kim Jae Young.

Selain 3 mereka ini , pelakon lain yang berlakon di dalam drama ini adalah pelakon watak ibu kepada Woo Young Woo dalam extraordinary attorney woo, di dalam ini watak beliau adalah Yoo Mi Hoo.

Pelakon lain adalah Kwang Hyung Suk yang membawa watak bernama Gwang Nam selain itu , pelakon berbakat Park Kyung Hye pula membawa watak bernama Kim Yoo Mi.

TONTON DRAMA LOVE IN CONTRACT (2022)~~

Tarikh tayangan drama love in contract adalah pada 21 september ini so korang jangan lepaskan peluang tengok drama ini.

Drama ini juga akan menggantikan drama yang tengah popular sekarang iaitu Adamas , drama ini akan disiarkan di saluran TvN pada setiap hari Rabu dan Khamis.

Kalau korang nak taw jumlah keseluruhan episod drama love in contract ini adalah 16 episod , selalunya drama 16 episod semua best2 so jangan miss taw.

Buat yang tak taw nak tengok dekat mana yang ada subtitle boleh tengok sini>> LOVE IN CONTRACT SUBTITLE

Ok semua , sebarang update mengenai drama ini akan dikemaskini nanti so jangan lupa layan bila drama ini sudah bersiarana nanti.

TQ


Post a Comment

Previous Post Next Post