BTS dan Galaxy di Times Square... New York Bewarna Ungu. Kolaborasi yang ditunggu-tunggu antara BTS dan samsung galaxy akhirnya dikeluarkan. BTS yang merupakan artis korea yang bertaraf dunia berkolaborasi bersama Samsung Galaxy untuk keluaran terbaru mereka. Kolaborasi antara kedua iaitu BTS dan Samsung Galaxy di Times Square.

BTS dan Samsung Galaxy di Times Square... New York Bewarna Ungu


Selepas kiraan  '10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1' pada papan iklan yang berada di tiga sisi Times Square, video iklan Galaxy keluar, dan pelancong yang berada di sekita New York boleh melihat paparan wajah ahli BTS di sana. Mereka juga ada yang mengeluarkan telefon bimbit mereka dan mengambil gambar atau video.

Kalau korang nak tahu video kolaborasi bersama BTS ini adalah video pertama bertajuk 'Galaxy x BTS: Unfold your world with Z Flip4 Samsung' dan video ini mempunyai masa kira-kira 4 minit 20 saat.

Details video ini adalah tentang pengalaman  peminat BTS, bertemu BTS dalam masa dan ruang maya melalui Z Flip 4.

Terdapat 2 video yang boleh dilihat di sana dan salah satu videonya adalah diterbitkan oleh member BTS sendiri iaitu Suga so jangan lupa tengok taw.

Video yang diterbitakan oleh Suga adalah bertajuk 'Over The Horizon ' dan beliau mengambil bahagian dalam mengatur 'Over the Horizon' yang durasinya adalah kira-kira 1 minit dan 30 saat.

Kedua-dua video ini pertama kali ditayangkan buat seluruh peminat pada 11 Ogos 2022 dan akan ditayangkan juga di beberapa buah negara yang lain.

Antara tempat yang ditayangkan selain New York adalah Piccadilly Circus di London manakala di Seoul pada 13 August dan Shibuya di Tokyo, Jepun.

Uniknya lagi buat sapa yang scan QR Code di dataran ini menggunakan telefon ini korang boleh dengar lagu BGM.

Warna Ungu pula dipilih kerana ia adalah warna rasmi BTS , so dalam video ini korang boleh tengok bertapa cantiknya kolaborasi ini.

Sayangnya semua ini hanya boleh dilihat di New York , kalau korang yang duduk di Malaysia , Indonesia atau negara lain terpaksalah tengok video yer.

Kalau yang mana nak tengok video di new york boleh tengok di sini>> BTS NEW YORK

Lebih banyak kolaborasi antara BTS dengan jenama-jenama terhebat di dunia , nantikan taw semua

Post a Comment

Previous Post Next Post