Sempena Sambutan 9 Tahun Debut Jung Hae In Muncul Dengan Majalah Istimewa. Pejam celik pejam celik tahun 2022 merupakan tahun ke 9 pelakon kacak Jung Hae In debut. Bermula dengan seorang pelakon muzik video menjadi pelakon terbaik di Korea Selatan. Sempena menyambut sambutan 9 tahun debut jung hae in muncul dengan majalah istimewa.

Sambutan 9 Tahun Debut Jung Hae In Muncul Dengan Majalah Istimewa


13 August 2022 , syarikat yang menguruskan Jung Hae In iaitu FNC Entertainment mengumumkan satu majalah istimewa akan dikeluarkan sempena ulang tahun ke 9 Hae In.

Hae In mencipta nama apabila pertama kali muncul sebagai hero di dalam muzik video kumpulan idola AOA pada 2013 , muzik video bertajuk "Moya".

Selepas mula menjadi sebutan , beliau kemudiannya officially debut sebagai pelakon baru di dalam drama Bride of the century.

Lakonan beliau mula mendapat perhatian peminat drama Korea dan luar negara apabila drama While You Were Sleeping ditayangkan.

Drama While You Were Sleeping adalah drama yang diterajui oleh Suzy dan Lee Jong Suk bersama Hae In, biarpun tidak menjadi watak utama namun Hae In disebut sebagai scene stealer di dalam drama itu.

Selepas mendapat perhatian beliau ditawarkan watak utama di dalam drama Something In The Rain , istimewanya drama ini adalah beliau berlakon bersama pelakon wanita popular Son Ye Jin. 

Melalui drama something in the rain ini menambahkan lagi populariti Jung Hae In dan menempatkan nama beliau setaraf pelakon-pelakon hebat.

Majalah istimewa yang bakal dikeluarkan sempenan ulang tahun ini diberi tajuk 'Team Jung Hae In' dan dikeluarkan pada hari ini.

Majalah ini juga boleh di dapatkan di sini > > Majalah 'Team Jung Hae In' dengan  harga $17.88 , jangan lupa dapatkan.

Dalam majalah ini akan memaparkan gambar profil yang diambil sempena ulang tahun ke 9 jung hae in dan majalah ini mempunyai 6 konsep gambar.

Kalau nak tahu konsep yang macam mana kenalah beli, di dalam majalah ini juga akan memaparkan ketika Hae In sedang memotong rambut beliau.

Uniknya majalah ini akan ada interview yang dipaparkan dalam majalah ini dan interview bersama staf yang berada bersama Jung Hae In sejak dari debut lagi.

Kumpulan yang menjaga mengenai kerjaya Jung Hae In dan peminat Jung Hae In bergelar "Team Jung Hae In " sejak dari awal debut lagi.

Jangan lupa dapatkan majalah istimewa dari Jung Hae In sempena ulang tahung ke 9 beliau , teruskan support Jung Hae In.


Post a Comment

Previous Post Next Post