Drama One Dollar Lawyer Lakonan Namgoong Min, Drama Korea Terbaru 2022. Mana peminat mania drama Korea ? Sila munculkan diri anda, drama terbaru korea yang akan keluar tidak lama lagi. Drama yang dilakonkan oleh Namgoong Min dan Kim Ji Eun sebagai pelakon utama di dalam drama one dollar lawyer. Jom kita baca sinopsis drama one dollar lawyer lakonan Namgoong Min , drama korea terbaru 2022.

Drama One Dollar Lawyer Lakonan Namgoong Min, Drama Korea Terbaru 2022


One Dollar Lawyer merupakan drama pertama untuk tahun 2022 bagi Namgoong Min selepas pada tahun  lepas beliau muncul di dalam drama The Veil.

Namgoong Min merupakan salah seorang pelakon lelaki terbaik dari Korea, banyak drama beliau berlakon mendapat rating yang tinggi.

SINOPSIS ONE DOLLAR LAWYER (2022)~~

Drama ini mengisahkan tentang Cheon Ji-Hun (Namkoong Min) ialah seorang peguam dengan gaya yang luar biasa. 

Selain itu , rambutnya mempunyai perm yang bergaya dan ia mengenakan hanya 1,000 won (kira-kira $1 USD) untuk perkhidmatannya, tetapi dia adalah salah seorang peguam yang paling mahir. 

Dia melawan peguam termahal dan anak guam mereka yang kaya, yang cuba melarikan diri dengan melanggar undang-undang.

Baek Ma-Ri (Kim Ji-Eun) bekerja sebagai pembantu pendakwa selepas menamatkan pengajian dari Institut Penyelidikan dan Latihan Kehakiman. 

Dia yakin dan mempunyai harga diri yang tinggi serta datuknya adalah Baek Hyun-Mu (Lee Deok-Hwa), yang mengasaskan Firma Guaman Baek yang terkenal dan bekerja di firma guamannya sebagai peguam.

Kehidupan Baek Ma-Ri berjalan lancar, tetapi hidupnya berubah selepas dia bertemu dengan Cheon Ji-Hun.

Apakah yang membuatkan kehidupan Cheon Ji Hun berubah? nanti jangan lupa tengok drama ini.

BARISAN PELAKON ONE DOLLAR LAWYER (2022)~~

Pelakon yang membintangi drama One Dollar Lawyer ini memiliki lakonan yang cukup mantap, pertama Namgoong Min yang banyak menerima anugerah kerana lakonannya.

Di dalam drama ini beliau membawa watak bernama Cheon Ji Hoon manakala pelakon cantik Kim Ji Eun yang menjadi heroin drama ini membawa watak bernama Baek Ma Ri.

Pelakon kacak dan berbakat Choi Dae Hoon berlakon di dalam drama ini dengan membawa watak Seo Min Hyuk.

Drama ini juga diserikan dengan pelakon legend Lee Deok Hwa , beliau membawa watak Baek Hyun Moo. 

Selain itu, pelakon cantik dan berbakat Lee Chung Ah berlakon di dalam drama ini dengan membawa watak Lee Joo Young.

Park Jin Woo salah seorang pelakon lama yang hebat berlakon membintangi drama ini sebagai Sa Moo Jang.

Pelakon senior Ha Sung Kwang , Shim Dam Soo dan Kim Ja Young masing-masing membawa watak Seo Young Joon, Jo Eul Rye dan Yang Sang Gu di dalam drama ini.

PROFIL DRAMA ONE DOLLAR LAWYER (2022)~~


One Dollar Lawyer adalah drama yang akan disiarkan di saluran SBS dan menggantikan drama Today's Webtoon.

Drama ini akan bermula siaran pada 23 September ini dan akan berakhir pada 12 november ini dan keseluruhan mempunyai 16 episod.

Pengarah drama One Dollar Lawyer ini adalah pengarah hebat Kim Jae Hyun manakala penulis drama ini pula merupakan penulis terbaik iaitu Choi Soo Jin dan Choi Chang Hwan.

Bakal ditayangkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu pada ham 10 malam dan akan bersiaran selamat 1 jam.

Untuk korang yang nak subtitle drama ini akan di update di sini nanti ok , korang tunggu je.

Selamat menonton semua ~~





Post a Comment

Previous Post Next Post