Profil , Biodata Ben Amir Hero Drama Honey Moon. Drama yang banyak trending dan viral di media sosial kerana scene-scene kelakar iaitu drama Honey Moon lakonan Zara Zya dan Ben Amir. Drama Honey Moon ditayangkan di TV3 merupakan drama yang tema komedi , ramai memuji lakonan Ben Amir dan Zara Zya di dalam drama ini. Mesti ramai nak kenal dengan watak utama so hari ni jom kita baca profil ben amir hero drama honey moon.

Profil , Biodata Ben Amir Hero Drama Honey Moon


Seperti kita tahu Ben Amir merupakan salah seorang pelakon lelaki yang sangat berbakat dan popular di Malaysia.

Banyak drama yang dibintangi oleh Ben Amir mendapat rating yang tinggi dan menjadi tumpuan ramai peminat drama Malaysia.

BIODATA BEN AMIR (2022)~~

Nama sebenar beliau adalah Muhammad Amir bin Sabaruddin lahir pada 13 Mei 1990 di Kuala Lumpur.

Ben Amir mempunyai 5 orang adik beradik dan beliau merupakan anak keempat serta beliau merupakan pelajar jurusan Diploma Pengajian Perniaagaan dari UITM Melaka.

Memiliki ketinggian 182 cm menjadikan beliau seorang model dan juga pelakon.

Beliau juga menjadi artis bermula 2013 apabila pada 2012 beliau memasuki pertandingan Hero Remaja bersama-sama dengan beliau memasuki rancangan itu adalah Fatah Amin, Syafiq Kyle dan banyak lagi.

Tahun 2013 setelah tamat hero remaja , beliau menerima tawaran berlakon di dalam drama Fira Ayuni dan kemudiannya beliau membintangi drama hit Playboy itu Suamiku.

NAMA DIKENALI KERANA DRAMA INI~~

Setiap artis yang popular pastinya mempunyai satu drama atau filem yang membuatkan nama mereka dikenali begitu juga dengan Ben.

Drama yang membuatkan nama Ben menjadi kegilaan ramai dan mendapat tumpuan adalah drama Sweat Dreams bersama Mira Filzah.

Lakonan watak Qash Adam di dalam Sweat Dreams yang berambut panjang menjadikan beliau kegilaan gadis-gadis Malaysia.

Beliau juga menerima penanugerahan pertama sepanjang karier lakonan beliau adalah dengan drama itu.

Ben Amir memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Anugera Meletop Era 2020 dan Pelakon Lelaki TV Popular di ABPBH33.

Tahun 2022 beliau muncul dengan dua drama iaitu pertama Tetuan Ang & Rahimin bersama Daiyan Trisha dan Honey Moon bersama dengan Zara Zya.

OFFICIAL MEDIA SOSIAL BEN AMIR ~~

Buat peminat baru Ben Amir mesti korang tertanya-tanyakan macam mana nak tahu aktiviti seni Ben kan , jangan risau follow je official media sosial beliau >>@benamirr

Dan korang boleh juga follow fanclub official beliau iaitu >>Ben Amir Official Fans Club

Nanti kalau ada yang perlu undian peminat akan diupdate di fanclub itu , korang teruskan support kerjaya Ben Amir taw.

Selamat Maju Jaya Ben !~

Post a Comment

Previous Post Next Post