Info, Sinopsis Blind Lakonan 2pm Taecyeon Dan Apink Eunji. Drama terbaru korea yang bakal ditayangkan tidak lama lagi iaitu Blind yang diterajui oleh pelakon popular dan hebat di korea. Blind adalah drama korea yang menggandingkan ahli 2pm taecyeon dan ahli apink eunji bersama pelakon hebat ha seok jin. Bertemakan misteri drama blind , dibawah korang boleh baca info, sinopsis blind lakonan 2pm taecyeon dan apink eunji.

Info, Sinopsis Blind Lakonan 2pm Taecyeon Dan Apink Eunji


Nama Taecyeon sudah tidak asing lagi Korea apabila beliau dikenali sebagai salah seorang ahli kumpulan popular 2PM dan juga dikenali sebagai pelakon di Korea.

Di dalam drama blink ini beliau digandingkan dengan ahli kumpulan Apink iaitu Eunji , keserasian antara mereka menjadi tumpuan apabila drama ini akan disiarkan.

Untuk info, Taecyeon terkenal di dalam drama Vicenzo manakala Eunji pula terkenal di dalam drama Work Later , Drink Now.

Apa agaknya watak Taecyeon , Eunji dan Ha Seok Jin di dalam drama ini , jom baca dekat bawah sampai habis.

SINOPSIS BLIND LAKONAN TAECYEON & EUNJI ~~

Mengisahkan tentang 3 orang iaitu Ryu Sung-Joon (TaecYeon), Ryu Sung-Hoon (Ha Seok-Jin) dan Jo Eun-Ki (Jung Eun-Ji) terlibat dalam kes pembunuhan bersiri yang melibatkan ahli juri sebagai mangsa.

Ketiga-tiga individu ini cuba membongkar kebenaran di sebalik kematian.

Ryu Sung-Joon bekerja sebagai detektif yang bersemangat, dia sentiasa berazam untuk menangkap orang jahat. 

Disebabkan keazamannya, kadar penangkapannya sentiasa antara yang teratas untuk detektif. 

Abangnya ialah Ryu Sung-Hoon dan dia bekerja sebagai hakim, Ryu Sung-Hoon seorang yang perfeksionis dan cukup bijak untuk lulus peperiksaan bar dengan markah tertinggi dan menamatkan pengajian di bahagian atas kelasnya di Institut Penyelidikan dan Latihan Kehakiman.

 Dia seorang yang jujur yang melakukan yang terbaik untuk memberikan penilaian yang adil. 

Manakala Jo Eun-Ki (Jung Eun-Ji) bekerja sebagai pekerja sosial, dia mempunyai hati yang hangat dan penuh dengan keadilan. 

Dia sentiasa mengutamakan orang ramai dan cuba menjadi penjaga yang boleh dipercayai kepada kanak-kanak yang berasal dari latar belakang miskin.

Mampukah mereka bertiga berjaya menyelesaikan kes pembunuhan ini?

BARISAN PELAKON BLIND (2022)~~

Drama Blind merupakan drama yang dibintangi oleh pelakon-pelakon yang popular dan hebat , seperti kita tahu Taecyeon membawa watak Ryu Sung Joon.

Manakala Eunji pula membawa watak bernama Jo Eun Ki di dalam drama Blind ini , pelakon hebat Ha Seok Jin membawa watak abang Taecyeon bernama Ryu Sung Hoon.

Pelakon muda yang meningkat naik Park Ji Bin membawa watak Jung In Sung di dalam drama ini, ampa kena tengok lakonan budak ni , memang hebat.

Pelakon senior Jung Eui Wook membintangi drama ini sebagai watak bernama Oh Young Guk , apa perwatakan beliau korang kena tengok taw.

PROFIL DRAMA BLIND (2022)~~

Drama Blind ini bakal ditayangkan di saluran  OCN TvN pada 16 September 2022 bermula episod pertama dan dijangkakan akan berakhir pada 5 November 2022.

Blind merupakan drama yang menfokuskan pada thriller , misteri dan drama dan juga menceritakan tentang bagaimana penyiasatan dilakukan.

Drama ini diarahkan oleh pengarah hebat Shin Yong Hwi yang juga merupakan pengarah drama Tunnel dan Voice 4.

Sementara itu , penulis untuk drama Blind adalah penulis Kwon Ki Kyung .

Blind juga akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu jam 10:40 , kalau untuk yang perlukan translate akan ada pada setiap Sabtu dan Ahad.

Keseluruhan episod drama Blind ini adalah 16 episod , jangan lupa layan sampai episod akhir taw.


Sekian.



Post a Comment

Previous Post Next Post