Biodata Ha Yoon Kyung Pelakon Extraordinary Attorney Woo. Drama fenomena dari Korea iaitu Extraordinary Attorney Woo sekarang sering sahaja menjadi sebutan ramai orang. Drama extraordinary attorney woo ini berjaya menarik ramai orang untuk menonton drama ini , tidak kira peminat drama korea mahupun bukan peminat drama korea. Diterajui oleh Park Eun Bin dan Kang Tae Oh , salah seorang yang menjadi menarik drama ini juga adalah watak  "Attorney Suyeon " yang dibawa oleh Ha Yoon Kyung , jom kita baca biodata ha yoon kyung pelakon extraordinary attorney woo.

Biodata Ha Yoon Kyung Pelakon Extraordinary Attorney Woo


Attorney Suyeon nama gelaran yang dipanggil pada pelakon ha yoon kyung setelah lakonan beliau di dalam drama ini disukai ramai.

Watak Suyeon yang banyak membantu Woo Young Woo dan sangat baik ini membuatkan ramai jatuh cinta akan beliau.

Kalau ampa nak kenal siapa yang bawa watak Suyeon ni dengan lebih dekat , jom baca biodata ha yoon kyung yang merupakan pelakon baru meningkat naik.

BIODATA HA YOON KYUNG A.K.A SUYEON ~~

Nama sebenar beliau adalah Ha Yoon-Kyung lahir pada 20 October 1992 , pada tahun 2022 beliau berusia 30 tahun.

Ha Yoon Kyung adalah pelakon baru yang debut pada 2015 , nama beliau sekarang menjadi tumpuan setelah drama extraordinary attorney woo ditayangkan.

LAKONAN PERTAMA HA YOON KYUNG ~

Ha Yoon Kyung yang baru sahaja debut pada 2015 , boleh dikategorikan pelakon baru yang meningkat naik.

Beliau debut sebagai pelakon filem pada 2015 , beliau membintangi filem bertajuk Socialphobia dengan memegang watak HaYoung dan Rena.

Kemudiannya beliau meneruskan kerjaya pelakon filem beliau pada 2016 apabila beliau membintangi filem Stay With Me.

Selepas 2 filem , beliau debut sebagai pelakon drama pada 2018 apabila beliau membintangi drama popular Queen of mystery 2.

2018 juga Yoon Kyung muncul di dalam filem Taklamakan dan drama Matrimonial Chaos sebagai Joo Soo Kyung.

DRAMA YANG MENAIKKAN NAMA HA YOON KYUNG ~~

Nama Ha Yoon Kyung mendapat perhatian apabila beliau membintangi drama Hospital Playlist, beliau membawa watak Heo Sun Bin.

Beliau membintangi kedua-dua musim hospital playlist dan kedua musim lakonan beliau mendapat pujian ramai.

Tahun 2022 sekali lagi nama beliau menjadi tumpuan apabila lakonan beliau di dalam drama extraordinary attorney woo menjadi perhatian.

Beliau digelar salah seorang scene stealer di dalam drama ini .

OFFICIAL MEDIA SOSIAL HA YOON KYUNG~~

Buat peminat baru Soyeon extraordinary attorney woo boleh follow official media sosial beliau di sini >> hayoonkie

Jom follow beliau bagi follower beliau naik sehingga 400 k sebelum habis drama extraordinary attorney woo ini.

Korang boleh tengok aktiviti harian beliau di media sosial ini, teruskan support kerjaya lakonan ha yoon kyung.

Sekian~

Post a Comment

Previous Post Next Post