Profil Dan Biodata Nabil Aqil Pelakon Baru Meningkat Naik. Hi ampa semua ! Hari ini kita nak kongsi dekat ampa semua mengenai drama terbaru yang ditayangkan di Slot Akasia Tv3 iaitu Ku Punya Hati. Drama yang menggandingkan pelakon baru keduanya iaitu Sharifah Rose dan Nabil Aqil. Jom kita baca profil dan biodata nabil aqil pelakon baru meningkat naik.

Profil Dan Biodata Nabil Aqil Pelakon Baru Meningkat Naik


Sebelum cerita mengenai Nabil Aqil , nak cerita sikit dekat ampa sinopsis drama Ku Punya Hati ini , ia mengenai seorang gadis kasar yang menjadi bintang media sosial sekelip mata hasil bantuan Noah(Nabil Aqil).

Kemudianya mereka berkahwin namun terpaksa merahsiakan dari peminat dan orang ramai namun sesuatu telah terjadi menyebabkan mereka terpaksa berpisah, sebab apakah ? kena lah tengok ok.

Jom ramai-ramai kita kenali Nabil Aqil yang membawa watak utama Noah dalam drama Ku Punya Hati ini.


BIODATA NABIL AQIL (2022)~~

Nama sebenar beliau adalah Muhammad Nabil Aqil bin Muhammad Salehuddin lahir pada 2 Ogos 1998 di Kuala Lumpur.

Nabil Aqil merupakan seorang model dan pelakon , beliau memiliki ketinggian 185cm.

Beliau merupakan anak saudara kepada pelakon popular Malaysia Syafiq Kyle dan merupakan juga abang kepada pelakon baru Imran Aqil.

Nabil terjun ke dalam dunia hiburan bermula dari memasuki rancangan Hero Remaja pada 2017 dan beliau berjaya mara sehingga ke final Hero Remaja 2017.

Beliau juga memenangi "Hero Favorite" dalam Hero Remaja 2017.

Selepas tamat Hero Remaja beliau memulakan karier lakonan beliau dengan membintangi telefilem Striker Hati Ayah pada 2018.

Drama pertama lakonan beliau pula adalah drama hit Mr Grey lakonan Fendy Bakry dan Eyra Hazali di Astro Ria.

Sehingga 2022 , Nabil Aqil sudah membintangi banyak drama antara drama lakonan beliau adalah The Maid, Senorita , Angkara Cinta , Tarik Aku Ke Syurga, Wan Senja dan banyak lagi.

Pada 2020 beliau muncul sebagai pelakon filem apabila beliau membintangi filem Takut Ke Tak sebagai watak Amir.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL NABIL AQIL ~~

Mesti sekarang peminat Nabil Aqil bertambahkan selepas beliau membintangi drama Ku Punya Hati kan, ampa semua follow official media sosial beliau di sini >> @kidylo

Dekat sana ampa boleh tengok update terkini mengenai Nabil dan korang boleh tengok apa produk yang beliau menjadi duta.

Korang teruskan support kerjaya Nabil Aqil ok , layan drama Ku Punya Hati sampai habis taw~~


*kalau ada apa2 nak tambah boleh komen dibawah :)



Post a Comment

Previous Post Next Post