Sinopsis Gold Spoon Lakonan Sungjae BTOB dan Jung Chae Yeon. Drama yang dinanti - nantikan peminat Btob akhirnya bakal ditayangkan tidak lama lagi. Drama yang menggandingkan Sungjae BTOB bersama Jung Chaeyeon adalah drama Gold Spoon bakal menemui penonton tidak lama lagi. Beberapa lagi pelakon hebat yang membintangi drama ini jadi mari kita baca sinopsis gold spoon lakonan btob sungjae dan jung chae yeon.

Sinopsis Gold Spoon Lakonan Sungjae BTOB dan Jung Chae Won



Sebelum kepada sinopsis mari kita baca trivia mengenai drama ini , drama Gold Spoon merupakan drama pertama yang menggandingkan Sungjae dan Jung Chae Yeon.

Sungjae yang terkenal sebagai "maknae" kumpulan BTOB ini mula mencipta nama sebagai pelakon dan dikenali sebagai pelakon setelah membintangi drama popular Goblin.

Manakala Jung Chae Yeon pula merupakan ahli kumpulan DIA dan popular dengan group IOI , kini beliau bergelar pelakon sepenuhnya.

Jom ramai-ramai baca macam mana cerita Gold Spoon ini dekat bawah ~~

SINOPSIS GOLD SPOON (2022)~~

Menceritakan tentang Lee Seung-Cheon (Yook Sung-Jae) yang merupakan  seorang pelajar sekolah menengah. 

Keluarganya miskin dan dia benci hidup dalam persekitaran yang miskin dan pada ada suatu hari, dia bertemu dengan seorang wanita tua. 

Wanita tua itu memberitahunya bahawa "Jika anda membeli sudu emas ini dengan harga $3 daripada saya, anda boleh menukar ibu bapa anda. 

Anda akan makan 3 kali dengan sudu emas ini dengan seseorang yang sebaya dengan anda dan di rumah mereka. Ibu bapa orang itu akan menjadi anda ibu bapa."

Lee Seung-Cheon membeli sudu emas daripada wanita tua itu dan makan 3 kali di rumah kawannya Hwang Tae-Yong. 

Ayah Hwang Tae-Yong mengusahakan sebuah syarikat besar dan tidak lama kemudian, kehidupan Lee Seung-Cheon berubah.

Adakah anda akan menukar keluarga anda yang miskin tetapi penyayang dengan kehidupan yang kaya?

 Apabila Seung Cheon mendapatkan sudu ajaib yang membolehkannya bertukar hidup dengan kawan baiknya yang kaya, dia fikir ia adalah perkara yang tidak perlu. 

Tetapi keputusan yang mengubah hidup sentiasa disertai dengan rasa ragu-ragu, dan dengan hanya tiga peluang untuk mengubah fikirannya,

 Seung Cheon perlu memutuskan yang mana antara dua kemungkinan masa depannya yang patut disimpan.

BARISAN PELAKON GOLD SPOON (2022)~~

Watak utama drama Gold Spoon ini adalah pertama Yoo Sung Jae atau lebih dikenali BTOB Sungjae yang membawa watak bernama Lee Seung Cheon.

Selain itu, Jung Chae Yeon juga merupakan watak utama di dalam drama ini , beliau memegang watak bernama Na Joo Hee, nak taw karakternya macam mana kena tengok nanti.

Watak utama lain adalah Hwang Tae Yong yang mana watak ini dibawa oleh pelakon kacak Lee Jong Won yang terkenal dengan drama Hospital Playlist 2.

Drama Gold Spoon ini turut dibintangi bintang idola selain Chaeyeon dan Sungjae, drama ini dibintangi oleh Yeonwoo yang merupakan bekas ahli kumpulan MOMOLAND.

Di dalam drama ini Yeonwoo membawa watak bernama Oh Yeo Jin , watak pembantu di dalam drama ini adalah ramai.

Salah seorang darinya adalah pelakon senior Choi Won Youg yang memegang watak bapa kepada karakter Tae Yeong, nama beliau adalah Hwang Hyeon Do.

Watak Tae Yeong di dalam drama ini mempunyai ibu tiri , watak ibu tiri dibawa oleh pelakon cantik Son Yeo Eun yang membawa watak Seo Young Shin.

Drama ini turut sama dibintangi oleh pelakon senior Choi Dae Chul dan pelakon cantik Han Chae Ah , kedua-dua mereka membawa watak ibu dan bapa pada Seung Cheon.

PROFIL DRAMA GOLD SPOON (2022)~~


Drama Gold Spoon merupakan drama yang diarahkan oleh pengarah hebat Song Hyun Wook manakala penulis drama ini adalah Yoon Eun Kyung dan Kim Eun Hee.

Info untuk korang drama Gold Spoon merupakan drama yang diadaptasi dari web komik 'Geumsujeo' dari penulis gp04fb yang keluar pada Jun 2016.

Tarikh tayangan drama ini adalah pada 23 September ini , drama Gold Spoon ini akan menggantikan drama Big Mouth di saluran MBC.

Masa dan hari tayangan drama gold spoon ini adalah pada setiap hari Jumaat dan Khamis jam 10 malam kst.

Buat yang tak faham bahasa korea boleh tengok subtitle drama ini dekat sini >>GOLD SPOON SUBS

Nanti jangan lupa taw tarikh tayangan drama ini.







Post a Comment

Previous Post Next Post