Profil Dan Sinopsis Drama Good Detective 2 . Drama Korea terbaru yang berkonsepkan detektif kembali dengan musim kedua. Setelah mencapai jumlah tontonan yang menggalakkan drama Good Detective kembali dengan good detective 2. Drama ini merupakan drama yang diterajui oleh pelakon hebat  Son Hyun Joo, Jang Seung Jo dan pelakon cantik Lee Elijah . Rajin-rajin baca bawah ni sebab ada profil dan sinopsis drama good detective 2 .

Profil Dan Sinopsis Drama Good Detective 2



Drama ini sudah memasuki musim kedua apabila pada 2020 the good detective musim pertama ditayangkan dan mendapat sambutan hangat.

Musim pertama good detective menceritakan tentang kehidupan detektif yang berusaha untuk menbongkarkan kebenaran tentang sesuatu namun ada pihak lain yang cuba sembunyikannya.

Untuk musim 2 ini drama ini akan menfokuskan pada watak Kang Do Chang dan Oh Ji Hyuk dan pasukan jenayah mereka menggunakan kebenaran untuk lawan penjenayah yang melampaui batas.

Jom kita baca sinopsis drama good detective 2 dan juga barisan pelakon yang membintangi drama good detective 2.

SINOPSIS DRAMA GOOD DETECTIVE 2 ~~


Menceritakan tentang Kang Do Chang (Son Hyun Joo) percaya orang ramai datang sebelum siasatan, manakala Oh Ji Hyuk (Jang Seung Jo) mengambil pendekatan yang lebih praktikal.

Oh Ji Hyuk  dengan menegaskan bahawa siasatan mesti dilakukan dengan betul untuk melindungi orang ramai. 

Kedua-dua detektif yang seperti minyak dan air ini kini dan mereka juga boleh faham apa yang dikatakan satu sama lain dengan hanya melihat mata masing-masing.

Oh Ji Hyuk dan Kang Do Chang berusaha keras untuk menyelesaikan satu kes yang besar dan rahsia. 

Pelbagai cara dan teknik yang digunakan mereka berdua dan dibantu oleh rakan-rakan detektif mereka yang lain.

BARISAN PELAKON GOOD DETECTIVE 2~~

Drama ini diterajui oleh pelakon senior yang hebat iaitu Son Hyun Joo yang membawa watak Kang Do Chang.

Manakala watak Oh Ji Hyuk pula dibawa oleh pelakon berbakat Jang Seung Jo yang terkenal dengan drama Money Flower.

Selain mereka berdua yang merupakan watak utama , drama ini juga dibintangi oleh pelakon cantik Kim Hyo Jin yang membawa watak Cheon Na Na yang merupakan ahli TJ Group.

Seorang lagi ahli TJ Group adalah Woo Tae Ho yang mana watak Tae Ho ini dibawa oleh pelakon Jung Moon Sung.

Pelakon yang banyak membintangi drama popular Choi Dae Hoon turut sama membintangi drama ini sebagai Ahli TJ Group Cheon Sang Woo.

Turut sama berlakon di dalam drama ini adalah pelakon cantik Hong Seo Young yang memegang watak Moon Bo Kyung.

Pelakon senior yang sangat berbakat Park Won Sang dan Song Young Chang masing-masing membawa watak Choi Yong Geun dan Cheon Sung Dae di dalam drama ini.

Son Jong Hak , Jo Hee Bong dan Cha Rae Hyoung yang mana sapa selalu tengok drama korea mesti kenal mereka bertiga ini , dalam drama ini beliau membawa watak Moon Sang Beom , 

Wooo Bong Sik dan Kwon Jae Hong , ketiga-tiga mereka adalah polis di Incheon manakala polis Seoul pula dilakonkan oleh pelakon hebat Lee Joong Ok dan Cha Soon Bae.

TAYANGAN DRAMA GOOD DETECTIVE 2~~

Drama Good Detective 2 adalah drama yang diarahkan oleh pengarah Jo Nam Kook yang terkenal dengan pengarah drama Empire Of Gold dan The Good Detective .

Uniknya musim ini penulis drama ini adalah penulis Choi Jin Won yang merupakan penulis drama Untouchable dan Big Man.

Buat ampa yang tengah tertanya-tanya bila tarikh tayangan drama ini , drama ini akan ditayangkkan pada 30 Julai 2022.

Masa dan hari tayangan adalah Sabtu dan Ahad dan disiarkan di saluran JTBC pada jam 10:30 malam/.

Drama ini juga sudah selesai kesemua pengambarannya pada May tahun ini , drama ini turut menggantikan drama Cleaning Up yang baru sahaja berakhir.

Teruskan layan drama ini kerana jalan cerita drama ini lain dari drama yang lain ~

Post a Comment

Previous Post Next Post