Profil , Biodata Jung So Min Pelakon Alchemy Of Souls. Mana peminat drama korea alchemy of soul , sila munculkan diri anda disini. Drama yang sedang popular di Korea dan luar negara salah satunya adalah alchemy of soul , drama yang mengisahkan tentang nasib orang yang jiwanya tertukar dengan orang yang mati. Drama yang bertemakan fantasi dan romance ini diterajui oleh lee jae wook dan jung so min. Hari ini una nak kongsi dekat ampa profil, biodata jung so min pelakon alchemy of souls.

Profil , Biodata Jung So Min Pelakon Alchemy Of Souls

Drama Alchemy Of Souls merupakan drama yang mendapat rating yang tinggi dan Korea dan di luar Korea juga banyak peminat drama menonton drama ini.

Gandingan mantap dari Jung So Min bersama dengan Lee Jae Wook berjaya membuatkan penonton tidak melepaskan episod drama ini.

Kita kan dah kenali siapa Lee Jae Wook , jadi hari ini jom kita kenal-kenal dengan Jung So Min si cantik manis.

BIODATA JUNG SO MIN PELAKON ALCHEMY OF SOULS~~

Nama sebenar beliau adalah Kim Yoon Ji namun menggunakan nama Jung So Min sebagai nama stage beliau , lahir pada 16  March 1989.

Jung So Min merupakan bekas pelajar Universiti Seni Kebangsaan Korea dan beliau lahir di Seoul , Korea Selatan.

PERMULAAN KARIER LAKONAN JUNG SOMIN ~~

Info untuk korang , Jung Somin debut sebagai pelakan pada 2010 dengan watak pembantu yang diberikan di dalam drama Bad Guy.

Setelah drama Bad Guy ditayangkan , Jung Somin mendapat perhatian dari pengarah dan produksi drama di Korea.

Beliau mendapat tawaran watak utama di dalam drama Playful Kiss pada tahun yang sama beliau debut.

Drama Playful Kiss adalah drama romantik komedi yang popular di luar Korea sehinggakan nama beliau dikenali di luar Korea.

Selepas drama Playful Kiss , Somin berehat dalam industri lakonan selama setahun untuk menghabiskan pelajaran beliau.

Kembali pada 2012 dengan watak kecil iaitu di dalam sitkom Standby dan tahun yang sama juga beliau membintangi drama Can We Get Married?.

Beliau turut berlakon di dalam drama special pada 2013 dengan drama bertajuk Came To Me and Became a Star .

Jung Somin debut sebagai pelakon filem pada 2015 apabila filem pertama beliau adalah Twenty yang mana beliau bergandingan dengan 3 pelakon kacak.

Filem Twenty adalah filem lakonan Kim Woobin , 2PM Junho dan Kang Ha Neul bersama Jung Somin ,Jung Joo Yeon dan Min Hyo Rin.

Tahun yang sama juga beliau muncul di dalam filem Alice : Boy From Wonderland sebagai watak Hye Jung.


AKTIVITI LAKONAN JUNG SOMIN PADA 2022~~

Tahun 2022 beliau muncul dengan drama yang sedang ditayangkan iaitu Alchemy Of Souls sebbagai watak Mu Deok Yi.

Beliau juga telah berpindah syarikat pengurusan ke TH Company , sebelum ini beliau diuruskan oleh syarikat Blossom Entertainment.

Untuk info peminat baru , Jung Somin debut dibawah syarikat Bloom Entertainment sebelum berpindah ke SM Culture & Contents.

Tahun 2017 beliau menandatangai kontrak bersama Jellyfish Entertainment, selepas tamat kontrak beliau berpindah ke Blossom Entertainment.

2022 syarikat yang akan menguruskan Jung Somin adalah TH Company.

OFFICIAL MEDIA SOSIAL JUNG SOMIN ~~

Untuk korang yang nak tahu aktiviti seni Jung Somin dengan lebih mendalam boleh follow official media sosial beliau di sini>> @somin__jj

Untuk lihat aktiviti harian Jung Somin juga korang boleh tengok youtube beliau >> ì •ì†Œë¯¼ssomday

Korang boleh tengok pelbagai aktivti harian dan kawan-kawan Jung Somin di youtube dan instagram beliau.

Teruskan support karier Jung Somin dan jangan lupa tengok drama Alchemy Of Souls sehingga habis ok.







Post a Comment

Previous Post Next Post