Profil Sharifah Rose Pelakon Ku Punya Hati. Hi ampa ! kat sini mana peminat drama kekasih hati mr bodyguard ? mesti ampa semua kenal kan dengan heroin drama itu. Yup betul yang bawa watak Hana Aralyn tu , sapa lagi kalau bukan sharifah rose. Tahun 2022 ini beliau kembali dengan drama terbaru di slot akasia iaitu ku punya hati bersama nabil aqil. Jom hari ini kita baca profil sharifah rose pelakon ku punya hati.

Profil Sharifah Rose Pelakon Ku Punya Hati


Drama Ku Punya Hati ditayangkan di slot akasia TV3 pada jam 7 malam, gandingan sharifah rose di dalam drama ini adalah Nabil Aqil yang juga merupakan pelakon baru.

Jom kita kenali siapa Sharifah Rose ini , mesti ramai minat dengan beliau kan lepas drama kekasih hati mr bodyguard.

BIODATA SHARIFAH ROSE ~~

Nama sebenar beliau adalah  Sharifah Rose Sabrina binti Syed Mohd Mazfira lahir pada 26 november 1998 di Shah Alam.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Jurusan Perniagaan (Pemasaran) Asasi Undang-Undang dari Kolej Universiti Damansara Utama (KDU)  dan asasi undang-undang dari UITM.

Sharifah Rose mempunyai seorang adik dan beliau merupakan anak sulung.

Sebelum menjadi pelakon , beliau merupakan seorang model dan beliau menjadi model selepas tamat SPM pada 2016.

Siapa yang tengok muzik video Nabila Razali 'Vroom Vroom' mesti korang akan nampak kelibat Sharifah Rose kerana beliau membuat penampilan di dalam mv itu.

NAMA SEMAKIN DIKENALI PEMINAT ~~

Nama Sharifah Rose mula menjadi sebutan setelah beliau membintangi drama Kekasih Hati Mr Bodyguard pada 2021.

Di dalam drama itu beliau bergandingan dengan pelakon lelaki popular Redza Rosli dan ramai menyukai keserasian antara mereka berdua.

Selepas drama itu , beliau banyak menerima tawaran berlakon dari produksi lain , antara drama beliau selepas drama hit itu adalah 3 Nota Cinta dan Do You Love Me , Captain?.

Kini 2022 , drama beliau yang sedang ditayangkan adalah Ku Punya Hati.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL SHARIFAH ROSE ~~

Semua peminat baru Sharifah Rose , jangan lupa follow official sosial media beliau iaitu >> @sharifahrose_

Setakat Ogos 2022 , beliau sudah memiliki lebih 700k pengikut so ampa semua follow bagi tambah lagi pengikut media sosial beliau.

Teruskan support kerjaya lakonan Sharifah Rose !~



Post a Comment

Previous Post Next Post