Sinopsis The Law Cafe Lakonan Lee Seung Gi Dan Lee Se Young. Drama terbaru yang bakal ditayangkan tidak lama lagi menggandingkan pelakon sama padan iaitu Lee Seung Gi dan Lee Se Young. Drama yang bertajuk the law cafe adalah drama pertama buat lee se young setelah drama hit the red sleeve yang ditayangkan pada 2021. Jom kita baca sinopsis the law cafe lakonan lee seung gi dan lee se young.

Sinopsis The Law Cafe Lakonan Lee Seung Gi Dan Lee Se Young

Gandingan antara Lee Seung Gi dan Lee Se Young merupakan gandingan yang ditunggu-tunggu , keserasian antara kedua-dua mereka di dalam drama ini menjadi tumpuan.

The Law Cafe adalah drama yang diadaptasi dari novel web yang bertajuk Love According to Law , novel web in sangat popular di Korea.

SINOPSIS THE LAW CAFE (2022)~~

Mengisahkan tentang Kim Jung-Ho (Lee Seung-Gi) adalah seorang lelaki yang sangat pintar. 

Dia pernah bekerja sebagai pendakwa raya, tetapi, disebabkan skandal rasuah bapanya, dia berhenti kerja. 

Sejak itu dia menganggur. Dia memiliki bangunan dan hidup dari sewa yang dikutip, sementara juga tinggal di atas bumbung bangunan.

 Kim Jung-Ho berkawan baik dengan Kim Yoo-Ri (Lee Se-Young). Mereka berkawan sejak mereka pelajar sekolah menengah kira-kira 17 tahun yang lalu. Kim Jung-Ho telah lama meminati Kim Yoo-Ri.

Kim Yoo-Ri ialah seorang wanita yang cantik dan bijak. Dia juga didorong oleh keadilan. 

Disebabkan pengalaman lalu dengan seorang lelaki, dia telah memutuskan untuk kekal bujang sepanjang hayatnya. 

Dia bekerja sebagai peguam untuk firma guaman besar, tetapi, suatu hari, Kim Yoo-Ri berhenti kerja. Dia kemudian membuka "Law Cafe" di bangunan yang dimiliki Kim Jung-Ho.

 Kafe ini menyajikan kopi dan nasihat undang-undang. Sesiapa sahaja boleh singgah dan minum kopi atau dapatkan kaunseling undang-undang.

PROFIL DRAMA THE LAW CAFE (2022)~~

Drama yang berkonsepkan komedi , undang undang dan rmance ini akan mengfokuskan tentang peguam perempuan dan pendakwa raya lelaki.

Pengarah drama the law cafe ini adalah pengarah hebat Lee Eun Jin manakala penulis drama ini pula adalah im ji eun dan im eui jung.

Tarikh tayangan drama the law cafe bermula 5 September ini dan bakal berakhir pada 25 Oktober ini.

Jumlah keseluruhan episod drama the law cafe adalah 16 episod dan ditayangkan di saluran KBS2 selama 1 jam 20 minit untuk satu episod.

BARISAN PELAKON THE LAW CAFE (2022)~~

Drama the law cafe ini dibarisi oleh pelakon-pelakon yang sangat hebat seperti Lee Seung Gi dan Lee Seyoung.

Di dalam drama ini Lee Se Young memegang watak Kim Yu Ri manakala Lee Seung Gi pula membawa watak Kim Jeong Ho.

Turut diserikan dengan pelakon hebat Kim Nam Hee pelakon kacak yang membawa watak Park Woo Jin.

Pelakon cantik dan berbakat Kim Seul Gi turut sama menyerikan drama ini dengan watak Han Seo Yeon.

Oh Dong Min dan Ahn Dong Goo yang merupakan pelakon lelaki berbakat membintangi drama ini sebagai watak Do Jin Ki dan Seo Eun Kang.

Pelakon senior Jeon Gook Hwan dan Kim Won Hee membintangi drama ini sebagai watak Pengerusi Lee dan CEO Hwang.

Pelakon meningkat naik Kim Do Hoon membawa watak Bae Joon manakala pelakon lelaki Jo Han Chul membawa watak Lee Pyun Woong.

AKHIR KATA ~~

Drama ini bakal ditayangkan tidak lama lagi , korang sendiri dah tengok kan barisan pelakon yang cukup hebat membintangi drama ini.

So ampa jangan lupa dan miss taw drama hebat ini , drama yang diadaptasi dari web novel selalunya semua best2.

Nantikan apabila ditayangkan kitaorang akan update kat mana korang boleh tengok yang ada subtitle ok.

Jangan lupa layan nanti!









Post a Comment

Previous Post Next Post