Kenali Hwang Min Hyun Pelakon Alchemy Of Souls. Drama yang sedang hangat menjadi sebutan Alchemy Of Souls kini menjadi salah satu drama yang mendapat sambutan hangat di luar Korea. Drama yang watak utamanya adalah Lee Jae Wook dan Jung Somin serta Hwang Min Hyun. Salah satu sebab yang membuatkan drama alchemy of souls menjadi tumpuan di luar negara adalah pelakon hwang mihyun. Mesti korang tertanya-tanyakan siapa beliau , jadi jom kenali hwang min Hyun pelakon alchemy of souls.

Kenali Hwang Min Hyun Pelakon Alchemy Of Souls


Untuk info yang baru nak taw , Hwang Min Hyun adalah ahli kumpulan idola Nuest yang debut pada 2012 bertukar menjadi pelakon.

Walaupun merupakan penyanyi idola namun lakonan hwang min hyun menerima pujian dari beberapa penonton. 

BIODATA HWANG MIN HYUN ~~~

Nama sebenar beliau adalah Hwang Min-hyun sama seperti nama stage beliau , lahir pada 9 Ogos 1995 di Busan , Korea Selatan 

Beliau merupakan pelajar Institut Hanyang Universiti dalam Bakat Masa Depan dan beliau juga bekas pelajar Sekolah Seni Persembahan Seoul.

Hwang Min Hyun merupakan anak bongsu dari dua beradik , beliau mempunyai seorang kakak yang bernama Hwang Sujin.

PERJALANAN KARIER HWANG MIN HYUN ~~

Info untuk korang , Hwang Min Hyun mula menjadi trainee di syarikat yang beliau naungi sekarang pada ketika beliau berumur 15 tahun.

Beliau di "scout" oleh pencarian bakat syarikat itu dan menjadi trainee selama 2 tahun sebelum debut sebagai ahli kumpulan Nuest.

Pada 2012 beliau bersama ahli kumpulan Nuest debut namun kumpulan mereka tidak dikenali namun pada 2017 mereka memasuki rancangan pertandingan survival Produce 101 musim 2.

Setelah memasuki rancangan itu , nama Nuest kian menjadi sebutan dan popular , mereka menerima banyak peminat yang baru.

Di dalam rancangan produce 101 musim 2 , Min Hyun berjaya mendapat tempat ke 9 dan berpeluang debut bersama kumpulan baru WannaOne.

Pada July 2017 , beliau debut kembali bersama WannaOne namun beliau terpaksa menghentikan aktiviti beliau bersama Nuest kerana ada kontrak bersama WannaOne.

Dengan WannaOne , mereka menerima banyak anugerah dan banyak mendapat tawaran menjadi model iklan.

Setelah 1 1/2 tahun bersama kumpulan WannaOne beliau kembali bersama Nuest setelah tamat kontrak dan melakukan aktiviti bersama Nuest.

Pada 15 March 2022 , official pengumuman dibuat yang nuest akan disband dan ahli-ahli Nuest akan fokus pada aktiviti solo mereka.

HWANG MIN HYUN SEBAGAI PELAKON ~~

Hwang Min Hyun sebenarnya sudah debut sebagai pelakon pada 2013 apabila beliau berlakon di dalam drama membintangi drama Reckless Family 3.

Tahun 2020 beliau kembali berlakon di dalam drama Live On dimana beliau menjadi watak utama yang bernama Go EunTaek.

Selepas bergerak solo , beliau muncul dengan drama terbau Alchemy Of Souls sebagai watak bernama Seo Yool.

OFFICIAL MEDIA SOSIAL HWANG MIN HYUN~~

Sapa peminat baru hwang min hyun boleh follow official media sosial beliau untuk update terkini dari beliau di >>@optimushwang.

Di sini beliau memiliki 4 juta mengikut so korang kasi follow lagi dan bagi pengikut beliau meningkat.

Teruskan menonton drama Alchemy Of Souls sehingga habis taw , selepas ini pastinya akan ada lebih banyak aktiviti dari Minhyun.



Post a Comment

Previous Post Next Post