Sinopsis Three Siblings Bravely Drama Korea Terbaru 2022. Menjangkau bulan September banyak drama Korea yang baru dan best akan keluar , pastinya ramai tidak sabar untuk melihat tayangan drama tersebut. Drama terbaru yang bakal keluar adalah Three Siblings Bravely, drama yang watak utamanya adalah pelakon drama popular Voice iaitu Lee Ha Na. Mari kita baca sinopsis three siblings bravely drama korea terbaru 2022.

Sinopsis Three Siblings Bravely Drama Korea Terbaru 2022


Sapa peminat siri drama Voice sila angkat tangan ? mesti ampa kenal dengan watak utama dalam drama ini .. ya betul Lee Ha Na yang bawa watak Kwon Joo.

Nama Lee Na mula dikenali setelah membintangi drama Voice itu bermula dari musim pertama sehingga 4.

Lim Ju Hwan pula namanya sudah serasi dengan drama Korea , beliau banyak mendapat watak pembantu sebelum ini.


SINOPSIS THREE SIBLINGS BRAVELY (2022)~~

Menceritakan tentang Kim Tae-Joo (Lee Ha-Na) ialah anak sulung daripada tiga beradik. 

Dia baik hati dan bertolak ansur, tetapi dia juga mempunyai sifat panas baran. Dia memutuskan hubungan dengan orang yang dia tidak suka.

 Suatu hari, Kim Tae-Joo bertemu semula dengan Lee Sang-Joon (Lim Ju-Hwan) selepas beberapa tahun mei. Mereka bersekolah di sekolah rendah yang sama.

Lee Sang-Joon ialah seorang pelakon yang popular. Dia sensitif, imaginatif, dan pintar dan juga merupakan adik sulung dalam keluarganya. 

Sejak kecil, dia sangat disayangi oleh keluarganya. Keluarganya pernah berhutang, tetapi, selepas Lee Sang-Joon berjaya, dia melunaskan hutang mereka dan terus menyokong mereka dari segi kewangan.

 Semasa penggambaran untuk projek lakonan, Lee Sang-Joon cedera dan pergi ke hospital. 

Di sana dia bertemu dengan cinta pertamanya Kim Tae-Joo, yang dia kenal semasa dia seorang pelajar sekolah rendah.

BARISAN PELAKON THREE SIBLINGS BRAVELY (2022)~~

Drama Three Siblings Bravely ini diterajui oleh bintang-bintang Korea yang sangat berbakat dalam dunia lakonan.

Mereka yang membawa watak utama drama ini adalah Lee Ha Na yang korang sedia tahu pelakon Voice, di dalam drama ini beliau membawa watak Kim Tae Joo.

Watak utama lelaki pula dibawa oleh Lim Ju Hwan , di dalam drama ini watak beliau adalah Lee Sang Joon.

Di dalam drama ini , watak adik perempuan pada Lee Ha Na adalah Kim So Rim yang mana watak ini dibawa oleh pelakon Kim So Eun yang popular dengan drama Our Gab Soon.

Pelakon senior Kim Seung So turut sama membintangi drama ini dengan membawa watak bernama Shin Mu Yeong.

Wang Bit Na pelakon cantik yang popular dengan drama Young Lady and Gentleman turut sama membintangi drama three sibling bravely sebagai watak Jang Hyun Jung.

Turut sama membawa watak di dalam drama ini Lee You  Jin pelakon meningkat naik , watak beliau bernama Kim Gun Woo.


PROFIL THREE SIBLINGS BRAVELY (2022)~~

Drama Three Siblings Bravely adalah drama yang bakal ditayangkan di saluran KBS2 dan akan menggantikan drama Its Beautiful Now.

Bakal ditayangkan pada setiap hari sabtu dan ahad jam 7 :55 malam dan korang yang nak tengok yang ada subtitle korang tunggu ok akan diupdate disini nanti.

Jangan lepaskan peluang taw untuk tengok drama ini sebab ini pertama kali Lim Ju Hwan bawa watak utama dan watak yang best dibawa oleh Lee Ha Na.

Tengok jangan tak tengok ~~







Post a Comment

Previous Post Next Post